Wah..it has been 2 weeks since my last update. Wa busy lah sikit, wa busy buat apa itu lain cerita. Pokoknya wa busy. Ahaks..
Hari ini anak anak, Pakcik Jin nak bercerita pasal Hantu dan Bomoh yang mempengarahi sikit sebanyak masyarakat orang melayu. Anak anak semua jangan takut tapi semasa baca nanti sentiasalah pandang belakang, takut ada hantu hantu setan yang dok jenguk atas bahu anak anak.
Jenis Jenis hantu orang melayu ni banyak. Ada pelesit, ada pocong, hantu raya, langsuir, Pontianak, toyol, jin mata sepet ( heheheh ) dan bermacam macam lagi. Ada hantu kubur, rimau jadian dan dekat dekat piliharaya ni pulak ada hantu undi, yang dok pi kacau orang PAS. Mereka ini pengundi hantu. Heheh..( selingan )
Tapi itu dulu. Sekarang ada LRT, Jumbo Jet, AirAsia, Maxis Broadband, Blogspot dan kita sudah menjadi amat moden dan sophisticated. Kita pakai baju kot ( hehehe…macam boyfriend Makjah ) kita bawak mercedez benz dan kita tinggal di rumah batu. Patutkan kita percaya pada hantu2 ini atau masih adakah puak puak hantu nih di sekeliling kita ? Jeng Jeng Jeng.
Asal usul hantu. Orang zaman dulu anak anak, tinggal di kampong kampong di pinggir hutan rimba. Rumah mereka jauh jauh antara satu sama lain. Mereka bertani dan menternak. Ladang mereka berpuluh ekar. Mereka bekerja menabas hutan belantara in the name of civilization. Mereka boleh mati kena baham rimau, kena bunuh dengan musuh2 dari kampong sebelah, dibaham buaya dan lain lain. Kerja pula dengan sebatang cangkul san sebilah parang kontot.
Ingat tak janji Syaitan pada Allah ? “bahawa aku kan sesatkan umat manusia hingga hari Kiamat “ Dengan janji inilah, setan setan ni berkunjung ke kampong kampong tok tok moyang kita dulu dan membuat operasi sesat mereka.
Maka terjadi lah interaksi antara puak syaitan dengan moyang moyang kita. Contohnya,
Hari ini anak anak, Pakcik Jin nak bercerita pasal Hantu dan Bomoh yang mempengarahi sikit sebanyak masyarakat orang melayu. Anak anak semua jangan takut tapi semasa baca nanti sentiasalah pandang belakang, takut ada hantu hantu setan yang dok jenguk atas bahu anak anak.
Jenis Jenis hantu orang melayu ni banyak. Ada pelesit, ada pocong, hantu raya, langsuir, Pontianak, toyol, jin mata sepet ( heheheh ) dan bermacam macam lagi. Ada hantu kubur, rimau jadian dan dekat dekat piliharaya ni pulak ada hantu undi, yang dok pi kacau orang PAS. Mereka ini pengundi hantu. Heheh..( selingan )
Tapi itu dulu. Sekarang ada LRT, Jumbo Jet, AirAsia, Maxis Broadband, Blogspot dan kita sudah menjadi amat moden dan sophisticated. Kita pakai baju kot ( hehehe…macam boyfriend Makjah ) kita bawak mercedez benz dan kita tinggal di rumah batu. Patutkan kita percaya pada hantu2 ini atau masih adakah puak puak hantu nih di sekeliling kita ? Jeng Jeng Jeng.
Asal usul hantu. Orang zaman dulu anak anak, tinggal di kampong kampong di pinggir hutan rimba. Rumah mereka jauh jauh antara satu sama lain. Mereka bertani dan menternak. Ladang mereka berpuluh ekar. Mereka bekerja menabas hutan belantara in the name of civilization. Mereka boleh mati kena baham rimau, kena bunuh dengan musuh2 dari kampong sebelah, dibaham buaya dan lain lain. Kerja pula dengan sebatang cangkul san sebilah parang kontot.
Ingat tak janji Syaitan pada Allah ? “bahawa aku kan sesatkan umat manusia hingga hari Kiamat “ Dengan janji inilah, setan setan ni berkunjung ke kampong kampong tok tok moyang kita dulu dan membuat operasi sesat mereka.
Maka terjadi lah interaksi antara puak syaitan dengan moyang moyang kita. Contohnya,
1. Kalau kau sembelih kambing hitam seekor tiap tiap malam bulan pernama, aku akan tolong kau di ladang kau. Kau tak payah kerja dah, kau tidur jerk at rumah, kerja kau siap.
2. Kau takut rimau datang baham anak anak kau malam2. Kau tabur bertih ( beras goreng ) dan asap kemenyan ( asap itu makanan Jin ) keliling rumah kau pada malam jumaat. Aku jaga keluarga kau.
3. Kau asapkan keris kau, kau mandikan keris dengan air limau, kau sarungkan dengan kain kuning, nescaya kau tidak tewas bila bertarung dengan musuh mu.
So, perjanjian perjanjian inilah yang buat mereka makin lama makin sebati dengan amalan amalan berunsur perjanjian ini dan makin percaya bahawa, bila ‘berdamping’ dengan setan2 ini, hidup mereka selamat dan kerja mereka menjadi senang.
Bila datang Islam, mereka confuse. Islam kata, rezeki Allah yang bagi. Allah jaga kita dari bala bencana dan berdoa keingingan kita pada Allah. Jadi tok moyang kita pun combinekan ilmu survival mereka dengan Islam. Maka jadilah amalan2 seperti baca Bismillahirahmanirrahim, sebelum asap keris. Bila nak tabur beras bertih tu, mereka selawat 3 kali..
Panjang suits..wa penat menaip ni. Ok sambung. Maka apabila diawariskan amalan amalan ini, bila sampai ke generasi tok kita yang membuat amalan ini tanpa tahu isi perjanjian sebenarnya dahulu, setan setan ini bernyanyi gembira dan berdondang sebab dengan serapah2 seperti ,
“ wahai tok bak penghulu pinggir rimba ( ini setan lah ), berkat doa laillah ha illallah, muhamadar rasul lullah, aku tabur bertih ini untuk mohon lindungan dari mu )”
Habis jahanam..kita seru nama tok bak, pastu minta berkat dari Allah. Ini lah yang memeningkan orang melayu.
Bila sampai generasi kita, generasi moden, kita tak mau buat lah benda benda tu lagi kan. Giler apa, nak tabur bertih dan asap kemenyan kat rumah teres. Silap tabur kena kepala anak dara jiran tengah sidai kain. Mau kena hempuk ngan Pak Man rumah sebelah.
Jadi Tok Bak dan rakan rakan yang seagkatan pun tak happy sebab malam jumaat kutu pi mesjid baca Yassin. Keris pusaka tinggalan tok moyang dia ada, tapi berkarat dalam laci. So setan setan guna taktik baru. Dia pi rasuk anak kecik mamat tu. Kejap demam, kejap meracau, bila dengar azan, dia meraung raung. Pi hospital, doctor kata budak ni sihat. Pastu si Leman kat opis cakap, kau kena jumpa Pak Mat bomoh ni. Dia terer pasal bende bende nih. Setan bersorak riang kembali.
Setan ni pun pi lah bertenggek kat rumah Pat Mat Bomoh. Bila kutu ni sampai ngan anak dia yang kena rasuk, Pak Mat pun asap lah kemenyan, jampi puh kanan ludah sana sini dan dapatlah ilham dari setan ni. Dia cakap, Kau tak perasap keris tok moyang kau tuh. Ini kes Saka ni. Hantu raya dok kacau, kalau kau nak anak kau sembuh, malam jumaat ni kau perasap kemenyan, kau sapu keris kau dengan air limau nipis. .. RM50 terbang, Iman dan shahadah pun terbang… sebab RM50 bagi kat Pak Mat bomoh, iman mamat ni bagi pada setan sebab lepas dia buat amalan tu, anak dia dah tak meracau. Dan yang lagi kesian, dia pi heboh satu taman perumahan..dia kata..
“hebat Pak Mat, lepas jumpa dia, sembuh anak aku……..”
Sekian

29 Comments:
Wah cerita mau baik punya. Very true.. masih ada lagi yang mempercayai..i remember when I was young benda2 ni banyak tapi bila dah tua ni tak dengar pulak cerita..mungkin sebab dah tak bercampur dengan orang yang sewaktu dengannya kut..
salam jin san,
I have to cover my mouth from laughing too much...thought-provoking material.
Jin serious shooot I skim and scan je your entry ni, coz I tinggal sorang ni la ngok ngek, budak2 tak balik lagi. Apasal lak buka citer mcm ni. Tulisla pasal Pak Jah plak, mak jah dah sudah, nanti Pak jah jeles plak entry pasal dia tak de, he he he.
heard that all of the pak itu & pak ini plus all the bomohs keluar time2 piliharaya ni. iya ke??
aiyaahhh.. wa mau tinggal peacefully only lor.. no disturb2 people one, please laa.. (u know la my story..)
memang betul. walaupun kononnya kita dah civilized, kerpercayaan karut tu still ada lagi and ramai yang tak perasan benda tu syirik and kalau dah syirik tu, maknanya memang tak merasa nak masuk syurga la... Nauzubillah...
Pernah dengar cerita macam ni tapi tak pernah lihat dengan mata sendiri cara bomoh ubat orang kena sampuk, tentang hantu musim pilihanraya taulah I dan dah buat entry khas pasal hantu ni I pernah jumpa 2004 dulu..hehehe.
busy busy ni...jadi calon mana ni ????
jin
baru jer baca metro ahad.. kemain banyak tok bomoh profesional (ntah universiti mana depa pi.. pun tak tahulah) yang ada sejak menjak nak PUR ni..
cerita hantu pecah panggung la abe adie! Org kita mmg minat kan?
Adiejin,
but what would you offer for a solution for the last scenario concerning saka?
alf
bro,kalu nak panggey itew jin nama 'adiejin' nak perasap ape ek?agak2 tabur pop corn dia dtg tak?hahaha...teringat pd org2 yg sewaktu dgn kisah pak bomoh lomoh nie.
tulipurple..
adiejin i tumpang gelak ya..ada ke TP nak tabuq popcorn..i boleh imagine adiejin berlari2 mendapatkan popcorn itu.. kelakarlah pulak.. atau pun adiejin keluar dari serombong teko ke? sori ya adiejin gurau je..jangan marah tau nanti lagi tua.
adiejin,
Senang-senang aje jahanam akidah. Ish ish ish...
Benda-benda ghaib ni memang wujud. Tapi kalau dah sampai tahap kita pulak bergantung kat benda-benda ni, mana tak rosak akidah.
ummi..
owh..awak dah tua ler yer..ahaks..
jahrera..
jangan tersembur sushi cukup.buruk roper.
wiz..
wa takut tulis pasal Pak Jah..takut nanti kena hempuk ngan penyapu.
mulan..
yerlah.ramai bomoh kain kuning dan keris usang muncul time election. Sekali kerja, kenyang 5 tahun.
neeza..
keputusan untuk syurga atau neraka itu milik Allah.kita just cuba buat yang terbaik..:)
silversarina..
saya jadi calon Pundak kat Parlimen Seputeh.
zareda..
yer ker.saya tak baca paper ahad hari tuh.
kasutvincci..
memang orang kiter minat sangat kat citer hantu pocong..hehe..
alf..
There is Allah who protects and save us from evil. "Auzubikalima tillah Hittama ti minsyarrima Khalaq." Aku berlindung dengan mu Allah dari segala kejahatan Makhluk."
tulipurpleungukelabuasap..
amboi bukan main lagi ko ek..Nak tabur popcorn konon. Tak makan popocorn ah. Hidang kambing panggang sekor, baru adiejin muncul.
ummi...
aikk .. tumpang gelak nampak. Haku rasuk ko satu keluarga 7 keturunan tak leh makan popcorn. Kalau makan jugak malam mimpi panjat tangga batu caves.
akmal..
yeah. so sad ain't it.
Salam Adie,
Betul, walaupun telah tinggal dikota, masih ada amalan itu dipratikkan.
Saya pernah terjumpa. Opis saya ditingkat dua. Ada satu salon di tingkat satu,yang sudah lama namapak tak berapa maju. Pada satu pagi Juma'at semasa nak naik ke opis, saya dapti ada tabuan garam dari bawah hingga di pintu salon tersebut.
Apa tujuannya tak tahulah, tapi jelas ia buka tercicir tetapi sengaja ditaburkan begitu. Wallahua'lam
ya ya..betul betul ! saye mmg setuju sesangat ngan entry ni.
pakcik jin ! sila buat entry2 camni lagi. sbb dulu p.jin penah buat entry yg pasal asal usul adat org melayu.. yg dari arab pastu dari hindu buddha seme tu..
entry tu saye print & bagi family saye baca !
sgt seronok ! =)
thanx for sharing
adulalalala, turun temurun konpius
Salam Bro
orghe dulu kalu dock sega ,
ba'geh ....
saya cerita2 gini memang tak percaya tapi takut still ada. hehe! cemana tu?
walau banyak mana pun bomoh yg kekononnya teror kat malaysia ni takk sorang pun yg blh jumpa budak yg hilang tu. kan...kan.......teror konon!
Org kata...kalau kita percaya pada hantu & jin...& menjadikan kita kawan mereka...maka sampai bila2 mereka akan mendampingi kita...eiii...seram....
djin yang ni...makan asap kemenyan tak??
biasalah, kalau org guna ilmu hitam ni mesti nak dapatkan sesuatu cara tak baik kan. bagi menjawap pertanyaan kak lady tuh, djin yg ni tak makan asap dia cume keluar asap jer...kih kih kih
oh, by the way, u've been tagged. kalau berani silalah jawab...
eh..cam best pulak..bila nak sambung?
serius..mmg suka citer2 macam ni.
YB, Bila nak start campaign?
Bang Zabs..
Nasib baik tak der mak janda sebelah rumah tabur beras kunyit kat ur rumah..hehe..
julia..
kalau print kasi orang baca, kena bayar royalty tuh..:)
Maksu..
konpius memanjang
pB..
Ba'geh dengan Mok Yong..best. Selalu tengok kat kg2 zaman dulu.
dlt..
Kena percaya pada syaitan, kejadian tuhan yang merosakkan akidah manusia.
Anonym..
betul betul..sokong..
Kak Lady..
ceh...hahah..Jin ni telan asap Paip jer.Kekadang asap Kretek.
kc..
alaa..tag ler pulak..tag kak lady pun belum buat..nanti nanti ek..
Kak Luna..
Nanti lepas kempen pilihanraya wa sambung.
YB LiBurd..
Saya akan memulakan kempen saya dengan bersungguh sungguh dalam jangka masa terdekat ini.
Djin.. banyak jugak godaan Jin di zaman cyber ni.. tapi yg paling bahaya.. jin yg pandai berinternet.. habis sume org dia nak jual.. waka kaka
eh.. anyway apa yg dicakap tu betul belaka
cayalah sama entry ini. The core of aqidah is tested.
Only You Ya Allah we worship, and You (Ya Allah) we ask for help
Guide us to the Straight Way
The Way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger nor of those who went astray.
Post a Comment