Thursday, 21 February 2008

Seventh : Kempen Pilihanraya Umum


Teks Ucapan Calon Parti Pundak di Seputeh
Tempat : Dewan Sukaramai, Paradise Karaoke dan Pusat Hiburan, Taman Seputeh Kuala Lumpur
Masa : 11.30 Malam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Yang saya muliakan pengerusi majlis, Yang saya hormati, rakan dan juga Presiden parti Pundak, YB Datok Paduka Pazuzu, Yang berusaha, Setiausaha Parti, Datin Seri Paduka Raja Liverbird, Yang saya segan silu, YB Teresa Kok ( apa dia buat kat sini ? ) penyandang kerusi Seputeh, Ahli ahli Parti Pundak sekelian dan juga saudara saudari para hadirin.

Saya berasa sungguh bertuah pada mala mini kerana dijemput untuk memberi kata semangat dan ucapan ringkas sempena menyambut perayaan ulangtahun PGSM (Persatuan GRO seMalaysia )yang baru dilangsungkan dan di rasmikan oleh presiden parti kita sebentar tadi. Amat tidak saya duga sambutan yang diberikan untuk majlis yang dianjurkan oleh Parti Pundak ini, dan kehadiran GRO GRO yang sememangnya akan turut menyokong dan mengundi saya pada pilihanraya akan datang ini, turut menyerikan majlis.

Saudara saudari, kita telah ketahui bahawa YB Teresa telah bekerja keras untuk Parlime Seputeh khususnya dan rakyat jelata pasa amnya semasa beliau diwakilkan oleh kita ke Parlimen dahulu. Beliau tanpa mementingkan diri sendiri telah menembak dan menghukum para para wakil lain di Parlimen dengan suara beliau yang lantang dan kata kata sinis yang pedas sehinggakan ramai yang takut untuk bertikam lidah dengan beliau. Malam ini beliau bersama sama kita, dan saya ingin berpesan pada YB, jangan khuatir jika YB tewas pada saya nanti, sebab, saya akan mendukung ‘spirit of seputeh’ di Parlimen nanti. Akan saya belasah wakil wakil Barisan Nasional, PAS mahu pun Keadilan dengan kutuk kutukan saya yang telah saya sediakan selama ini. Akan saya panggil mereka monyet, kera, barua, buaya darat, lanun, babi, tenuk dan juga arnab.

Saya juga telah menyenaraikan banyak frasa frasa indah dan puitis untuk di gelarkan pada mereka mereka nanti. Contohnya,

1. “Dengan izin YB Pengerusi, Mangkuk mangkuk hayun penyapu buruk ini leka dan tidak buat kerja”

2. “Mengikut section 65/3 kurungan A, saya minta babi babi gemuk ini, menarik balik kata kata kesat yang dilemparkan pada saya.”

3. “ Kepala Hotak YB YB sekelian. Macamana boleh menang pilihanraya ni ? “

4. “ Dengan izin, SHUT UP LAH !!!.. saya belum habis bercakap lagi... kenapa bising macam pasar ?.. kenapa ? sudah bocorka permatang pauh ? gelisah macam kena demam kura..Orang mau cakap dengarlah.... ”

5. “Ini YB Tan Sri pengerusi, nampak jelas wakil Sungai Siput menghina saya. Dia yang macam lembu, bukan saya. Saya tak makan rumput cicah kari macam dia. “

6. “ Saya mau Tanya, tolong jawab soalan saya, bukan buat ucapan macam budak darjah satu. Tolong jawab Sungai Siput. Jangan main main ini Parlimen bukan Batu Caves.”

7. “ Mengikut dasar ekonomi negara, kami juga berhak untuk dapat projek YB Pengerusi, kenapa kami tidak dapat projek jalan, kami bukan membangkang dasar kerajaan, kami saja buat kecoh, sebab kami pun lapar. Buaya lapar tidak tahu duduk diam….oi duduk lah bodoh…orang bercakap jangan buat bising macam monyet. Bodoh…apa ? siapa ? siapa monkey ? Kepala hotak awak… YB Pengerusi, tolong minta Lembah Pantai tarik balik itu kenyataan sumbang…APA ? APA ? mau gaduh ka ? “
8. " Saya amat hormati Wakil Kota Bharu. Tapi macam tak tau buat kerja. Sudah 5 tahun, itu rambut saja putih, kilang kilang budu masih tak maju maju, bandar kotor, sampah banyak. Lu tatau bikin kerja mau masuk politik....apa ? siapa biawak ? saya manusialah..apa ?? ...eh ok gak tu...ok k, Maaf YB Pengerusi, ye, saya tarik balik kenyataan tadi." ( Golok here I comeeee !!!!..tq Kota Bahru, you're the mannnn !!! )

Para hadirin, saya sudah tidak sabar lagi untuk ke Parlimen, Undilah dengan bijak dan hantarlah saya ke sana supaya dapat saya luahkan perasaan saya ini, supaya ucapan2 cari gaduh saya nanti akan ditayangkan di youTube dan juak kaca TV. Saya amat merayu agar undilah deng…. Helo, helo..testing..shiiiiiinngggg…test..hello. HOI SAPA MAIN MICROPHONE NI ?????? PUNDAK BETUL….Bodoh...

28 Comments:

tulipurple said...

muahahahahaha...ponin palo den membaco eh...hahaha,ni nak kene buka buku sejarah balik nak kasi paham ke akar umbi nie....
bro...poster mana??huhu..letak gambo dr sisi mana ler gamaknye..hehe

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

HIDUP SEPUTEH!!!

Ahmad Nesfu: Jangan main-main ... ini Djinn.

Djinn apa????

ADIE DJINNNNN!!!!!

HIDUP!!!!!!

lilyliverbird said...

Bila YB nak buat acara Laga Ayam, atau dalam Bahasa Penjajah, Kok Fight?

ADIEJIN said...

tulip..
poster sedang dicetak. needs pemanjat tangga untuk gantung. Sila lapur diri di bilik gerakan segera.

YBCipan..
Tolong hantar wakil dari Kapar ke bilik gerakan jugak.Kami perlu agihkan butterfly2 ni.

YBLiberd..
Kami masih menunggu permit Laga Kok. Lembah Pantai perlukan perayu2 undi tak ? kami ada ramai makcik2 Jah disini..boleh di agihkan.

ZLAA said...

YB, saya akan undi YB. Berapa kain batik, kain pelikat, YB boleh kasi sama saya dan orang kampung?

ADIEJIN said...

zlaa..
Pundak tidak percaya kepada hikmah kain batik atau pelikat. Kami menjanjikan yang lain dari yang lain. Kami tidak rasuah. Kami bersih .. kami hanya beri ganjaran kepada menantu menantu dan anak anak kami.. Kami mahu menantu menantu kami menjadi Raja di Bumi Malaysia..heheh

silversarina said...

Wayar microphone calon parti PUNDAK tercabut sebab tu tak berbunyilah.... sapa yang B*D*H tu haaaaaa...

No vote for party PUNDAK sebab I nak mengundi tak rosak ...hehehe.

Ely said...

tau kenal aku sapa seputeh nih but its heck of funny hehehhee.

dlt said...

ucapan anada telah menceriakan sedikit hari yang suram ini. terima kasih.

Kak Lady said...

hahaha...Yeeayyy!! Macam ni punya YB lah yang kita cari...kalau buat ucapan talak ngantuk munya....

wanshana said...

Salams,

Not the first time here, but first time leaving a comment. Terpanggil to comment this time coz' tersedak dua-tiga round gue baca posting ni. HAHAHA! Good one!

Anyway, ever thought of becoming any of the YBs Press Secretary?!

Mak Su said...

tolong encik YB kasik explain, rumput cicah kari apa rasa? sedap kaaa?

Manal said...

Va Va Va...

SMS from DAtuK SanggulSiputmengular: INi kali Saya juga mau kasi maaf lah sebab itu piliearayya juga kena banya tumpoo kan peratiyaan. Sebab lepas saja undi saya mau memasteekan itu dakwat duduk atas jari sayya butul2. Nanti kalau sayya field trip jalan-jalan rosak, komplen kontraktor sana sini, saya tara susah hati ada bookti saya suda undi.

mob1900 said...

YB(Bakal) Adiejin,
Terbahak-bahak saya membaca transkrip ucapan pembukaan untuk PR122 Kawasan Seputeh. Syabas, saudara memang mempunyai bakat semulajadi untuk menjadi seorang MP PUNDAK! yang unggul dan ini mungkin mengancam kedudukan Tuan Kerusi kite, YB Dakenaketuk Paduka Pazuzu.

Akan tetapi, saya tidak begitu memahami makna udang disebalik KuehTeow tentang panggilan 'Arnab' terhadap musuh-musuh Parti PUNDAK! Ia telah memberi 'Saat Kenapa-Puki?' atau dalam bahasa omputih; 'WTF? Moments' kepada saya dan rakan-rakan kerana daging Arnab memang disukai Kaum Tionghua macam saya. Saudara mungkin pernah terserempak dengan gula-gula China yang bernama 'White Rabbit', tak perlu saya menjelaskan tentang kekaguman puak kami terhadap binatang arnab sehingga mendewa-dewakan arnab. Kami(saya dan rakan halimunan) ingin Saudara mengantikan perkataan 'Arnab' dengan 'Unta' sebab kampung kami(ChooChengKay Flats) tiada Unta.

Diharap saudara dapat bekerjasama dengan pihak kami untuk menyelesaikan babak tak hensem ini atau kami akan membakar kereta 120y Datok Paduka Pazuzu dengan kerosin murah.

Sekian termia-kasih, semoga Saudara berjaya dalam Pilihanraya dan membela nasib arnab.

- YB(Bakal) Mob Al-Kohol
Calon PR106 PJU,
Agen Provokatur
(Nak buat 'cam 'Internal Party Struggle'-lar tu)

ADIEJIN said...

Silversarina..
Adakah Microphone mempunyai wayar? Saya kurang arif sebab pusat2 karaoke, selalunya microphone tiada wayar... :)

ely..
you wanna know what funny means ? go search for parlimen malaysia at youtube. you won't want to watch Video Zonkers no more..trust me.

dlt..
maka ceriakan lah hari anda lagi pada minggu hadapan. Sepanjang kempen saya, saya akan sedaya upaya menonjolkan issue issue serious dan janji manis.

kak lady..
Bertandang ker sungai siput. Ikuti ceramah wakil2 disana..lagi tidak ngantuk...wa janji.

ADIEJIN said...

maksu..
kalau ingin tahu sedap atau tidak, sila mengundi dan tukar lokasi anda ke sungai siput...

manal...
correct correct correct. Sounds like me, looks like me but definitely it was not me... saya beryanyi.

mob1900..
YB, saya telah menyatakan kesetiaan saya kepada pucuk pimpinan YB presiden demi kepentingan parti. ( walaupun belakang kami tikam kasi mampuih ).Sebabnya ialah saya terikut ikut pemerintah2 lain yang suka bercakap begini dikhalayak ramai.

Perihal daging arnab pula, saya juga suka akan satay arnab dan juga sup arnab. Oleh itu saya berjanji akan hanya memberi gelaran Arnab kepada YB YB wanita sahaja di parlimen nanti. Kerana arnab ialah gebu dan boleh dikurung didalam sangkar.

Terima kasih atas sokongan YB kepada saya. Semuga PJ Utara juga ditakluk oleh PUNDAK dibawah pimpinan YB Mob..

Sekian,
YB(calun) Adiejinarnab.

Kak Elle said...

undi lah ..undi lah YB .... yeah!!

nurazzah8 said...

YB, saya akan sokong YB dan memberi undi saya sepenuhnya jika YB mempunyai ciri-ciri pemimpin seperti yg saya tulis dlm n3 saya (sila baca) ....

BORNEO KING said...

support seputeh, hail party pundak... boom boom chuck.!

kasutVincci said...

nanti YB mengundi kt mana? Tk blk kampung ke?

lilyliverbird said...

YB,
Lampu jalan kat jalan masuk Taman Desa not working. Pls do something about it. Thank you.

Nadia said...

respek..respek..'roh' nak jadik politikus tu dah ada dah...heheh..teruskan!

kakLuna said...

YB, lepas undi tolong masukkan kertas undi dlm tong kaler biru ye. nak wat recycle. :P

Lucius Maximus said...

hahahaha

all the 8 phrases u mentioned, betul-betul menggambarkan senario parlimen kita

damn funny!

ADIEJIN said...

kak elle..
Yes undi..jgn tak undi..

nurazzah..
sudah baca..haha..

borneo king
U r the kingggg...!!!Kabooom.. HIDUP PUNDAK

Kasut..
saya mengundi di KL ..

ADIEJIN said...

YB lilyberd..
Kalau saya mau itu tukar bulb kerija, saya tarak jadi wakil rakyat lah, saya kerja sama TNB.. Wakil Rakyat kerja naik turun kapalterbang saja... YB tolong pergi isi borang sana TNB, komplen sana...saya Golf jugak mau pigi main sekarang..

YB Nadia..
Polikucing..hehehe..

YB Kak LUna..
Tong kaler

Lucious ...
??? where got funny. This is parliment..We are serious in Parliments..We discuss serious matters. Saya akan merujuk kepada akta parlimen dan heret anda ke dataran merdeka kerana menghina kami. Apa ? Apa ? kenapa bising ? tak faham saya cakap ? Dengan izin, SHUT THE TOOOOTTT UP !!...

heheh thanks for dropping by

Truckster said...

mana manifesto ko ni??...dari gua calon parlimeapa-


saje.blogspot.comn lumut

Anonymous said...

Hah, my tak kelik ngundi ke? Bukan main lg SIL dok ajak blk, takkan x blk kot... anyway, love them all! sakit perut wa gelak... parti pund*k mesti daftar cepat, nanti next pilihanraya blh bloggers semua join...mcm Jeff Ooi dah bertanding utk DAP ape...