EDISI KHAS HARI WILAYAH PERSEKUTUAN – Rentetan posting pasal makcik Jahs tahun lepas.
We call them the Makcik Jahs and what do they do for living ? They serve us, the general public by working in the government offices, doing the many tasks assigned to them.
Do you ever wished that you had chosen the career path that these women took ? But of course many wouldn’t, because of the many unknowns. This posting will reveal the truth, unknown to most but savored most by the Makcik Jahs and if this posting is discovered by the National Geography, I would be insanely rich in no time at all….enjoy.
Makcik Jahs at the Majlis Penguasa Tempatan.
They are the bergaya ones because their nature of work involves direct dealing with the public. They fill up the saman payment counters, they receive the borang borang minta lessen, they issue forms untuk minta permit konserts. They are definitely bergaya. The ones in the Majlis2 Perbandaran lagi bergaya sebab they lived in the city. Tak percaya ? tengok lipstick dia orang. Paling lekeh cap Avon bought from the part time Avon agent and probably the secretary to the Presiden Majlis. Baju dia orang kaler macam macam but mesti kain beli kat Kamdar and upah jahit kat budak dispatch punya kakak, yang bukak kedai tukang jahit. Dia orang makan sedap sedap, sebab ofis dekat dengan shopping complex.
Kalau yang kerja DBKL, dia orang suka beli buah buahan potong dan asam kat SOGO. Mereka ini cepat jumpa jodoh. Kerja tak sampai 3 bulan, dah berderet yang masuk meminang. Silap haribulan kena pinang ngan Pengarah Jabatan miang, yang nak kahwin lebih. Paling untung kalau di pinang oleh engineer muda yang pergi oifs dia orang, nak submit plan. Tapi tak untung juga kalau 3 tahun kemudian Engineer muda ini masuk jail sebab rasuah boss dia orang.
Makcik Jahs dekat Pusat Bandar Damansara
Mereka ini paling beruntung. They work in the various kementerians kat sana. Masalah parking tak ujud sebab parking banyak, Cuma siap duit bayar pass bulanan jer. Makan pun tak der masaalah sebab dari Briyani Ali Maju hinggalah Pizza dan Starbucks. Kaler baju mereka2 ini sungguh meriah bertudung kaler ceria dan bergaya sekali. Mereka tak ada masalah peluh diketiak atau celah leher sebab tak payah jalan jauh untuk tunggu bas. Masalah mereka yang paling rumit ialah bagaimana untuk convince tunang tuning dan suami suama mereka untuk tidak jeles kepada mamat mamat korporat yang dok usher dia orang dari pagi sampai petang.
Makcik Jahs di Jabatan Pengangkutan Jalan
Nasib mereka ini tidak berapa baik di banding ngan Makcik Jahs lain. Mereka berhubung terus dengan ponco ponco, ulat ulat, dan broker broker, mamat mamat dispatch yang sememangnya gatal dan miang. Di luar pejabat mereka bersepah mamat mamat diatas tadi melepak sambil mencari ‘mangsa’ yang nak bayar saman, bayar road tax, beli nombor kereta dll. Oleh disebabkan factor inilah, Makcik Jahs JPJ ni kurang menarik penampilan mereka, mereka susah nak senyum sebab nanti kena ngorat, mereka tak pandang kita bila berurusan sebab mereka amat tension. Ramai juga yang akhirnya berkahwin dengan mamat mamat diatas. ‘If you can’t stop them, marry them’ ahaks. Tapi mereka juga amat beruntung sebab kerjaya mereka banyak kursus. Di sebab kan pejabat mereka ada di merata pelusuk negeri, mereka berpeluang mengunjung serata negeri.
Pengarah2 mereka juga tidak berapa panas baran sebab poket mereka sentiasa penuh dan amat jarang memarahi Makcik Jahs ini kerana khuatir ‘rahsia’ mereka terbongkar. Ada juga Makcik Jahs disini yang terikut ikut perangai ‘buas’ pengarah pengarah mereka tetapi itu ‘tepuk dada tanya selera’, ‘kuasa ada sendiri pandai’, ’kalau kena sendiri tanggung’.
Makcik Jahs di Putrajaya
This is the ultimate career path. They have many advantages over the others. They live in better houses, new offices and healthier environments. They smile more and are more courteous. This is the effect of lesser stress level and healthier minds. It is like a dream city to live in. Traffic is bearable, greeneries a plenty, travel distance to work is very much negligible. Ada juga yang commute dari KL ker Putrajaya, but then, it is done by choice.
Cuma Makcik Jahs yang dara dara ni jer ada problem. Susah sikit nak jumpa jodoh sebab tak banyak choice kat sana. Yang ada Cuma mamat mamat dispatch yang malam malam tak der masa nak dating sebab mereka pergi merempit. Pengarah pengarah pun tak boleh nak menggatal sangat sebab susah nak dating. Orang nampak.
Yang ada cuma Alamanda and kalau bawak kerani cun pergi lunch sana, amatlah merbahaya takut si Bini singgah beli ikan lepas hantar anak sekolah. Mereka juga tak berapa beriya iya nak ‘pasang’ body sebab yang ramai atas bas, ialah mamat2 indon pergi minta permit ngan mamat2 Bangla si tukang cuci toilet. Nak tak nak, kahwin ngan pagawai muda berhingus baru lepas dapat ijazah. Jenis yang asal ada meeting jer pakai kot mengalahkan timbalan pengarah. Yang jenis beli Proton Wira pastu pasang sport rim ngan tinted glass and spoiler macam kereta nak racing ke bulan. Nasib ko rang lah.
Makcik Jahs Terlampau
Ada jugak yang terlampau. Mereka saja jer tergelek gelek, tergedik gedik masa meeting. Mata tu melirik lirik kearah orang tua nak pencen pakai kot. “Cantik baju Encik Mat hari nih. Wife beli ker ?” Padahal orang tua tu pakai baju 15 Hinggit beli kat pasar lambak Nilai 3. Maka tersipu sipulah orang tua yang tak berapa hensem tuh, dengar puji pujian macam tuh. Apa yang ada pada orang tua tuh ? Tandatangan.
Signature orang tua tu laku. Satu libasan dengan pena hikmat dia, macam macam boleh approve. Permit sampah ? permit jalan ? permit itu permit ini, semua beres. Yang payah jadi senang. Yang untung ialah Boyfriend contractor si Makcik Jah terlampau. Yang rugi, orang tua tukang sign yang dapat lah sekalli sekala sentuh sana sentuh sini sikit. Itupun kat belakang bilik mesyuarat. Lepas pencen, kucing kat rumah dia pun naik menyampah tengok.
Sekian.

33 Comments:
For every occasion of mak jahs I was trying to fit the location and the situation.. yeay it fits well.. pandai lah adiejin ni.. he he he.. cuma kat putrajaya tu tak pernah nampaklahkan.. sebab tak ada urusan ke sana pun
where do i fit in eh? tolong advise sikit...
hmmm... baru tau ada beberapa jenis makcik jahs ni rupanya... kekekeke...
Adiejin,
Analisa ini hampir 90% tepat.
From: - ex-Makcik Jah yang tak sempat kerja kat Putrajaya
I sempat singgah Alamanda waktu solat Jumaat, memang ramai Makcik Jahs Putrajaya kat sana , rasa macam hari outing/shopping diaorang memang hari Jumaat.
Anyhow, rasa happy bila ramai kaum hawa yang bersama mentadbir negara .
Salam Adie,
Makcik Jahs berpakaian seragam macam polis, tentera, misi dan seumpamanya takde buat analisa ke?
Tak baik generalise macam ni. Saya salah seorang Mak Cik Jahs in Putrajaya. Your description of Mak Cik Jahs doesn't reflect what we actually do. It actually reflects the public perception of Mak Cik Jahs. I can tell you that the Mak Cik Jahs of today are totally different from the Mak Cik Jahs of yesteryears. The Mak Cik Jahs as- you-see-it are only a small percentage of the Mak Cik Jahs who work hard to earn their living as well as giving their best to serve the Malaysian public. Give us some credit for serving the country...
hiks..ramai nya mak cik jahs
suka tengok your descriptions of the makcik jahs tu. ada yang tepat kena batang hidung diorang, ada yang tersipi sikit. memang lah ada yang okay.. tapi ada gak yang macam ni.. so, sapa yang terkena tu, nilai2 lah semula sebab the makcik jahs kan serve the people. so, serve them in a proper manner... wallahualam..
ummi..
hehe..ini semua hanya observations yang saya buat.
ely..
ko kalau jadi makcik jah JPJ sure orang takut nak pergi renew roadtax..
sastri..
ada banyak jenis lagi..tak sempat nak karang cerita.
zlaa..
rugi tak sempat kat putrajaya. Ofis baru, kerusi jer lama.
silversarinaperak..
yah betul, tak der Makcik Jahs makan pincanglah pentadbiran negara... Pakcik Jah ramai yg tak boleh harap.
Bang Zabs..
hahaha..makcik jah pakai uniform saya tak berani tulis. Depa garang garang sumer. Garang tapi segak..heheh
Anonymous Makcik Jah..
If you read carefully my posting, I did not generalise, in fact I was being segmental. And if you care to read carefully also, i did not discredit The Makcik Jahs at all. You were right about one thing though, the writing did reflect the public perception towards the different types of Makcik Jahs.
Ini bukan posting menghina, in fact, If you care to analyse this posting, baca dan hayati apa yang di sebalik ayat ayat saya itu, I am actually honouring the Makcik Jahs. The shit that they have to go through each day, the impatient publics that needed their services, the shit they get from their bosses, the harrasments they get. All these for the meagre rewards and small salary they earned. Itu satu pengorban, itu satu bakti ikhlas untuk negara....baca betul betul k.
KasuVincci..
hehehe..awak pun Makcih Jah jugak.. hehe..
neeza..
yah betul, sapa makan cili banyak dia sakit perut.
U crafty little Jin! You have zazzed many Mak Jahs out there Jin. I bet they are feeling a lil bit sad right now of your analysis. I have met the mak jah of your descriptions and also the ones who were actually nice.
And to all the mak Jahs out there, I really do not want to judge any of you for being what the Jin has said. But the truth is almost all are not friendly, temperamental and many a time that I and husband kena tertunduk-tunduk just to ask for a simple service. I respect all of you and the amount of crap you have to shoulder but the public that you serve is human too. We too have bad days and problems of our own. Kita serupa.... so jangan la macam marah je bila ramai orang beratur nak mintak pertolongan. Walau apapun, jasa mu tetap dalam ingatan ku. Alright Jin, take it away, lepas ni mesti kek I tak laku...waaaaaaaaaa.
makcik jah pujaan ku sudah hilang dari kalbuu... MUAHAHAHA... meroyam pepagi nih, cam seorang makcik jah yang pernah serve mad redo1 dedolu...
Was here and
dah baca semua komen komen tersebut ...
fuyooo, paling sedih kat makcik jahs yang keja kat putrajaya tu, very der simpatilah.
hahahaha.. you really make my day.. bagi bebudak opis ni baca posting you.. terkekek kekek we all gelak..
*Nak tak nak, kahwin ngan pagawai muda berhingus baru lepas dapat ijazah. Jenis yang asal ada meeting jer pakai kot mengalahkan timbalan pengarah. Yang jenis beli Proton Wira pastu pasang sport rim ngan tinted glass and spoiler macam kereta nak racing ke bulan. Nasib ko rang lah.* - this part paling bes.. :)
Nasib baik I ni Makcik Jah Jalan Sultan Salahuddin.. ahakss..
Hah tang Mak Jah terlampau kat tempat ni pun ramai.. kalau pasal menggatal ngan pakcik yg nak pencen dan yg dah dpt 1/3 EPF atau bakal dpt duit EPF.. dia orang le.. kalau makan dapat free aje sbb gesel sikit aje ada yg nak belanja..pastu bila pegawai tu pusing aje belakang.. terus mengutuk habis2 an.. sabo jelah
Dulu masa kak lady jadi Mak Jah kat Pusat Pertanian...tak sempat nak berposing pun...mana nak posingnya yang kerja kat situ semua budak2 yang kerja kat kebun mangga...juruteknik2 yang pakai baju ke kebun aje...huhuhu...sungguh tak bertuahnya aku...
*Nak tak nak, kahwin ngan pagawai muda berhingus baru lepas dapat ijazah. Jenis yang asal ada meeting jer pakai kot mengalahkan timbalan pengarah.*
hehe agak kelakar sbb i'm one of the young officers and yes, we do wear our blazers for stupid meetings. nak buat mcm mana, tertakluk pada protokol. tapi abt MakCik Jah ni, ada betul ada yang tak. depends on the individual. anyway, a good posting since it made me laugh. cheers!
aha..sy pun setuju...this is reality..bukan skadar analisa encik jin...sy pun dah byk kali jumpa golongan makcik jahs kat klinik gomen yg lebih pentingkan bisnes avon drpd melayan pesakit, makcik jahs yg masuk opis kul 9 kemudian keluar makan kul 10, kemudian lunch kuar lagi.makcik jahs yg bersembang mengumpat org depan kaunter. sy mmg nak berbaik sangka, x mau prejudis..tp x dpt elak bila bnda2 ni mmg berlaku dpn mata.
lamo doh tok singgoh minung nescafe tarik ssini.
anyway, selalu jugak berziarah ke jabatan2 makjahs ni sebab ofis kita tak dapat tidak kena dapatkan approval jabatan2 berkenaan..
there was one day that i went to one jabatan which deals with parit-parit ni..
jejak je kaki ke jabatan tersebut, baunya macam restaurant nasi briyani and hanya kelihatan meja dan kerusi tanpa tuan2nya..so I was looking someone to direct me to the officer whom I had an appointment with.
Dalam dok melilau tu, I jenguk satu conference room yg pintunya ternganga luas, so niat tu nak interrupt sekejap tapi telinga dok tangkap speaker of the day tengah bercakap:
"haaa...warna merah tu seswai untuk akak, cuba calit sikit kat tangan..."
yang lain pulak..
"eh, wangi jugak eh perfume ni.."
ghoper nyer ada sessi jual beli di bilik conference yang padat itewwww...
adeh deh....
after I jenguk-ed, they quickly dispersed and kembali ke tempat masing2..rasa macam mengganggu pulak...
when I get to ask for someone and made my way to the officer's room, semua yang bertitle jurutera kat dalam bilik masing2 tu tekun mengadap meja (hopefully mereka ni tekun buat kerja la kan)...yang kat luar bilik depa ni yang buat "assembly" kat conference room..
at that time baru 10.30 pagi...
memang ramai makjahs as you put it yang betul2 tekun kerja, senyum sokmo dan layan custumer elok-elok, tabik spring untuk yang macam ni, cuma it is sad to note ada lagi yang macam ni..too obvious for all to see.
Jin...I kat kategori yang mana eh??? alamak...salah daerah pulak...he..he...
kah kah kah....terhibur juga saya mlm ni masuk kemari...salute to all mak jahs...
mak cik jahs...cannot imaginelah..bila aku tua budak-budak panggil mak cik pnut...
or opah pnut...
buruknya bunyi...
kena tukar kepada yang lebih feminin...mak cik nor, seshuai ke??
kih kih kih.. hilang penat di pagi hari..
ada jugak yg betol sesangat betol. mak kita pon antara makcik2 jah tu jgk tapi tak de kena ngena dgn owang luwar. dia buat keje opis je..
ada byk jugak yg tersangat la dedikasi & ikhlas bekerja gitu.. tapi takde pulak dapat anugerah.. sebabnya, tak suka mengampu kot..??
Gong Jin Fa Chai!!
Hmmm... apa kata next entry cuba tukar kasut plak. Apa pulak agaknya pandangan Makcik2 Jahs kepada para pengunjung mereka?
You kena buat research dulu tau ek? Jgn pakai agak2 jer. Musti mau pandangan yg ori.
haaa kau..
spesel entry for all the makcik jahs..
lain-lain makcik, bukan senang nak dapat iktiraf ni kan?
lagi satu peel makcik jah ni kan kalau nak favour apa2 kan, mesti mau kena puji dulu, contoh pujilah muka dorang nampak berseri ke, baju nampak cantik ke, tudung lawa ke mesti laju jer dorang buat kerja kan kan kan...heheh
ooo banyak jugak category2 makjahs ni yer.... baru la Helena tau.... hehe
The makjahs at my place ni semua chinese.... sorang tu baik and helpful..... sorang tu moody.... dah nak menopause kut.... *grin*
kuang kuang kuang..cynical tp ade kebaikan dan kebenaran disebalik yg terlindung....
hahaha..lawak tul tang bikin kete ngan pakai coat tu!
wizzy..
dia orang tak marah..dia orang penat tuh. Kalau kita senyum, sure dia orang senyum..( wa bodek makjah sikit2..ahaks )
madredo..
memang ko meroyan ah..pagi petang meroyan.
pb..
was here was there was everywhere lah awak tuh.
Maksu..
memang bersimpati kan..
Zareda..
Makcik Jah Sultan Salahadin selalu mengerumuni Mydin Masjid India..ahaks..
sya..
ko ni..tak baik kutuk macam tuh..hik ik..
Kak Lady..
Memang tak bertuah. Silap silap kawain ngan ngan tukang petik mangga.
dizzyfly..
tq for dropping by..dah buat baju kot baru untuk tahun ni..Bnayk meeting nih, meeting pilihanraya.
kakluna..
tapi masih ramai makcik jah yang bertanggungjawab..dan berdedikasi.
OndeOnde..
ala..mungkin amsa tuh tak der kerja kot. Or boss dia orang mengular pagi tuh, so dia orang buat parti nasi bruiyani lah..
Norabella..
Awak kategory A, katergory terlampau..ahaha..
Kak Elle..
YEAH !!! salute to them..
Pnut..
Hahahaa...makcik nor tak sesuai..Panggil ko Kak Nut.. Makcik Nut..
Mulan..
Tak ampu tak hidup..dunia ini penuh dengan Keampuan.
Ibu..
that interesting..saya akan mulakan kajian saya.
Umi Ameer..
betul betul..ini dedikasi khas saya untuk mereka mereka ini.
KC..
semua orang macam tu..semua orang kalau kita puji dulu, akan kembang bontot dan tolong kite..kan kan ..
Helena..
aikk..baru tau ??
tupipurpleungukelabu..
Kenapa lawak ? Awak pun suker pakai kot ker ?
Post a Comment