Kata Pak Pandir pada Mak Mandir, dah aku suka, aku ambik lah. Aku tunjuk tunjuk, dia tunduk tunduk, aku ambil. Semakin aku tunjuk, semakin dia tunduk, semakin banyak aku ambil.Mak Mandir tanya, macamana nak dapat dengan tunjuk tunjuk saja ? Pak Pandir jawab, kena jadi menteri dulu.
Maka semakin banyak di ambil, semakin gemuk dan gedebab sang Pak Pandir, semakin tamak dan haloba si Pak Pandir. Lama lama jadi seperti sang Biawak di celah semak yang makan apa saja termasuk bangkai babi, asalkan kenyang dan berkuasa.
Inilah yang saya mahukan. Saya sebagai calon Wakil Rakyat ker Parlimen kawasan Seputeh melancarkan slogan KALAU MAU TUNJUK, serta manifesto saya yang saya ibaratkan seperti cerita Pak Pandir diatas. Saya berharap benar agar saya menang supaya jika saya menang dan menjadi Menteri, saya tunjuk saja, semua jadi..apa saya mau, saya tunjuk saja.. Maka, marilah kita sama sama jerit ..jerit apa ??? TUNJUK! !!! jerit apa ??? TUNJUKKKKKK!!!! Jerit apa ?????? TUNJUKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK !!!!!
Ok cerita pasal cari cari jodoh pulak. Memang susah nak cari jodoh di zaman moden ni. Maka disini diberikan sedikit tips akan tempat2 yang sesuai untuk mencari jodoh.
Untuk Lelaki Bujang :
1. Bulatan Puduraya. Kalau anda berdiri di tengah tengah bulatan itu pada jam 8 – 9 pagi, maka ramailah calon calon isteri yang anda boleh pilih dan cuba tegur. Pasa waktu ini, ramai gadis gadis dara dan tidak dara yang melintas dari Jalan Silang ke Kompleks Chaya Suria untuk menuju ke Menara Maybank dan Bursa Saham. Juga terdapat ramai pelajar pelajar kelas Kesetiausahaan dan trengkas yang berkejar ke kolej kolej swasta di hadaan Puduraya. Cara memikat yang paling efektif disini ialah dengan tersengih sengih pada calon yang anda suka setiap hari. Cukup 10 hari, anda berikan sejambak bunga ditengah tengah bulatan tersebut sambil melutut. Ada 2 kemungkinan disini. Anda mungkin disanjung kerana berani dan gentleman, atau pun anda perlu dijamin di Balai Dang Wangi kerana disyakki perogol bersiri.
2. Majlis Kenduri. Anda mesti rajin mengunjung ke majlis2 kenduri. Anda tidak perlu dijemput kemajlis2 tersebut. Anda pergi sahaja buat bodoh. Pakai segak segak dan berbaju melayu dan dengan selamba salam dengan tuan rumah lalu duduk makan. Sebaiknya anda pergi sengsorang. Semasa makan, jaga adab sopan anda. Suaplah dengan manja dan lembut nasi ke mulut anda. Pakai spec hitam supaya anda boleh menjeling awek awek tanpa di syakki. Anda perlu berlakon, buat lah muka sedih dan macam tak lalu makan (walaupun anda dah tambah nasi 3 kali ). Berlagak seperti anda sedang frust bercinta. Kalau di rajinkan diri anda begini, cepatlah anda dapat jodoh.
Untuk Lelaki Ganyang ( Gatal dan Miang dan sudah Berkahwin ):
1. Mereka ini selalunya mencari Mak Mak Janda untuk di jadikan isteri kedua. Untuk mereka ini, saya cadangkan mereka rajin ke Mahkamah Mahkamah Syariah untuk mencari Mak Janda. Waktu yang paling sesuai ialah pada jam 8.30 hingga jam 10 pagi kerana diwaktu inilah ramai Mak2 Janda yang pergi ke mahkamah untuk membuat menghadiri sessi mahkamah. Anda hanya perlu berlakon seperti seorang yang arif tentang undang undang syariah dan berilah bahu nada ( Give your shoulder ) kepada Mak2 Janda ini untuk menangis. Silap haribulan anda dapat 3 bini baru sekaligus. Terus daftar dan nikah di mahkamah yang sama anda jatuh cinta itu. Silap haribulan Isteri Senior ( Bini Tua ) anda pun menfailkan penceraian di mahkamah yang sama. Maka anda turun naiklah mahkamah itu sehingga anda kerepot.
2. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Anda rajin rajinlah hantar anak anda ke sekolah. Kerana di pintu masuk sekolah itu anda akan dapat memilih ibu ibu tunggal yang hantar anak mereka kesekolah. ( Jgn Termengorat bini orang cukup..pendek umur ) . Apabila anda Nampak Mak Janda yang anda berkenan cepat cepat tarik dan cium anak anda serta usap usap kepala anak anda sambil jelling jelling pada mak Janda tersebut. Mak Janda ( juga kaum wanita ) cukup teruja jika melihat seorang lelaki yang penyanyang pada anak anak. Mereka akan membayangkan anda bersama anak anak mereka dan anda akan jadi the Dream Man mereka. Cubalah kaedah ini, tapi jgn sampai anak anda cakap
“ Apa ni cium cium orang ni ayah ? Ayah buang tebiat ker ?”
Ah malaslah aku bagi banyak banyak tips…Tunggu tips untuk wanita mencari calon suami pulak….Tahun depan ker aku tulis…

33 Comments:
Errr... bro! Kat Puduraya ada traffic light aje sekarang, round about dah tarak! hehehhe..
Audra..
Awak ni, awak ingat saya tak tau ker ? saya YB Seputeh. Saya serbatau. Walaupun roundabout tu dah tidak ada, saya sudah cadangkan ker Parliment untuk adakan kembali roundabout itu. Jgn bangkang usaha usaha murni kerajaan. Anda patut menyokong..Anda patut Tunjuk...
Apsal wa rasa cara YB Djin ni jawab ala ala YB Snail River? heheh..
Audra..
Memang tujuan kami untuk adakan cadagan seperti ini. Kerajaan sudah ada peruntukkan. Saya juga pasti saya menang ini pilihanraya dan dapat jawatan YB sungai siput. Kerajaan tidak ada kuasa, rakyat juga mesti undi dengan bijak...
heheh
heheee.. yang paling best "apa ni cium cium orang ni ayah. buang tebiat ke?" heheeee.. kalau anak cakap macam tu.. jawabnya kena tekup mulut dia and cakap.. "ish ish.. mulut tak lap ye makan tadi. meh ayah lap meh.." heheee.. panda sungguh Abe Jin.. kelahh gitu :)
Ni petua berat sebelah. Mana cencara untuk pikat LELAKI INI?
Apa yang perlu dilakukan oleh lelaki untuk memikat wanita????
TUNJUKKKKKKKKK !!!
Tunjuk apa????
TUNJUKKKKKKKKKKKKKK lah apa-apa pun !!
hebat, hebat..
sekarang saya tau bagaimana anda boleh jadi begini!
anda memang seorang YB hebat!
he heh...
Wow...sepanduk YB tu...very de...(ala2 ckp Azwan..heheh)
Banyak le djin punya tips cari bini kat Mahkamah Syriah eh...heheheh...diorang tu...kadang2 belum sah pun bercerai...mau kene hempuk nanti...
kah kah kah, adiejin ni tentu byk buat research, kan? alah... ngaku ler. tapi kenapa tunggu tahun depan plaks nak kasik tips untuk wanita-wanita tu. lambat ler.
Aik, sejak bila pulak darling i terror memikat wanita ni??#$%?!! Curious...gotta go darling, c u soon. muah,muah
Hahaha ... buat apa susah-susah nak cari jodoh? Ladies and gentlemen, pindah saja ke kelantan. Biar kerajaan negeri carikan jodoh anda. Tak perlu berpeluh-peluh, tunngu aje dan jodoh akan datang! Dan bagi yang lelaki, maskahwin pun akan diturunkan. but that doesn't necessarily mean you have to marry more than one!
Waaahhh, YB masuk paper la ... terrer nyer.
Gerfren YB kerja kat paper ye? Tolong TUNJUK yang mana satu ...!!!
Hidup Seputeh! TUNJUK Seputeh!!!
TUNJUK!TUNJUK!TUNJUK!TUNJUK!
Saudara,
Cara tradisional nak ngorat/cari bini ialah jadi YB mana-mana kawasan. Dah jadi YB, jawatan besar dan duit banyak... pi je TUNJUK TUNJUK yang mana suka... tunjuk je... kan? kan?
adoi... musim mengundi camni la orang. jin ni bukan sebarang jin; dah banyak yang dia perhati. betul tak?
Bro - ni nak bagi tips cari suami pulak.
1. Pergi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), minta list JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam).
2. Pergi dapatkan list pesakit kronik (paling lama hidup 2-3 tahun aje)dari HKL, Hosp PUJ dan lain-lain sepital gomen.
3. Compare the two list - kensel mana yang tak tally.
4. Filter lagi dengan list dari Income Tax - untuk confirm taraf perkahwinan.Make sure with no kids under 18.
5. Bila dah dapat list JUSA single dan pendek umur, - sedia lah untuk mengorat habis-habisan hingga ke gerbang perkahwinan. Pengalaman menjadi misi amat berguna.
Pencen JUSA besar woo...
p/s takat kena ngorat jantan miang kat JAWI apa kelas beb - baik pasang strategi baikkkk punya!
you akan lawan teresa kok? saya memang patut mengundi kat situ. saya ingat nak undi awaklah walaupun teresa menang sentiasa kat situ.
ada dapat apa-apa tak kalau saya pangkah awak? sekampit beras ke, sekeping blackberryke?
Salam Adie,
Semoga menang, nanti boleh jadi Menteri Hal Ehwal Wanita.
uihhh... dengan pemegang sepanduk seperti itu, harussss ramai lelaki2 yang akan mengundi Tok Djin nih... keskeskes... :p
hehe...tunjuk-tunjuk campaign and tunjuk-tunjuk mengorat juga...
ok nak tunggu cara wanita pulak...cepat2 ye?
ingatkan musim raya je ada biskut tunjuk2.;)
ma
setuju setuju, ngorat JUSA barulah mendatangkan pekdah. Kalau setakat pakai wira, pasang sayap macam nak terbang ke langet tu hape kelassss...
Jin tunjuk,
Tips lelaki kerepot nak ngorat tak de ker? tambah ler.. lelaki lelaki imported, lelaki lelaki usang..hehhehhe
Eh Puduraya mana ada roundabout skrg.. hah itulah YB tunjuk.. asyik dok tunjuk aje.. masa nak kempen baru turun ke tanah.. sebelum ni dok duduk kat menara seputeh tu aje.
Betul cakap Zar.. nak ngorat biar ada JUSA (paling kurang) kalau tidak menyusahkan diri aje.
Aha tips lelaki mengorat mak janda.. tu tak jalan ngan haku. Kalau nak tolong kat pejabat agama.. udah le aku lagik pandai. Tapi memang ada species lelaki cam ni yg bersidai kat pejabat ugama. Sorang geng kat sini dah terperangkap ngan species cam ni. Geng ni terhutang budi pd mamat tua ni sebab dulu tolong kakak dia uruskan hal2 kat pejabat agama ni.
kalau tenguk kan keta dia.. serupa reban ayam.. badan serupa mengandung 9 bulan.. ada keinginan nak kawin 2 .. anak dara lagik.. bini kan main baik.. comel dan kecik aje..
hish... geram sungguh haku ni
MA.. aku sokong 100%.. kalau dpt JUSA A.. dan nak mati lagik 3-6 bulan .. ha ha ha cam dpt durian runtuh..
he he ha jahat aku ni
JUSA ni allowance aje yg banyak...bila pencen basic pay aje yg dikira..kalau tolak 50%..kira laa brape aje yg tinggal...bayangkan lah kalau kawen dgn dia org ni...2 3 bulan dia jalan..duit pencen tu kena divide dgn first wife...nak pulak kalau ada anak yg underage...so ape yg tinggal utk 2nd wife? tu belum lagi part bini tua tarik2 rambut..
k.safiah
k safiah,
sebab tu kena filter dgn income tax punya list - so that dapat yang single (read : no wives) and no kids under 18. he he he..
*melawak aje ni*
MA kau kejam... mana faktor hati nurani tu? mana? mana?
apa kelas bulatan puduraya daa. itu zaman 80-an boleh laa mak oii jin aprit..heheh.
Ayah :
HAHhahAhhAhahaHAHAHaha.!!!
(ketawa style Jin dengan kilat sabung menyabung di belakang).
Eh, blog ke aku nih?
Sorry Datok Jin, anak cucu tumpang lalu....
Neeza..
Awak lagi pandai. pandai menambah nambah...ehehe
Maklijah..
Sabar....akan keudara tidak lama lagi.
Silversarina..
hahaha.TUNJUK LANGIT..
Umi Ameer..
terima kasih, nanti saya bagi project kerana setia pada parti..
Kak Lady..
Bukan kena hempuk..kena pow.heheh..
Maksu..
sebab tahun depan baru research siap..
Anonymous..
Alamakkkkk bini aku...kantoiiiiii
Cipan..
Ala, yang itu itu tu lah..ish..
Ayah..
Silap tunjuk kena bini orang..mampuihhhh..
D..
betul....sambik tunjuk sambik betul..huh apa aku ngarut ni ?
MA..
Ko memang crafty..Tapi jgn silap pilih, silap haribulan masuk court jadi saksi..SI Jusa kena tangkap rasuah..
Lollies...
Dapat HTC touch sorang satu..dan IPOD mini..pangkahlah saya.
Bang Zabs...
Haha..tak leh nanti kena piat telinga ngan Sharizat..
Sastri..
BETULLLL...strategy tu..
Kak ELle..
baiklah, harap tunggu dan tunjuk dengan sabar.
VincciShoes..
Biskut apa tu ? tok rajin dengar pong.
MakJah Zareda..
Adaaaaaaa...tunggu jer..akan diterbitkan nanti..
K.Safiah...
Kisah masyarakat..bermacam ragam..ahaks..
Sya..
Hahahaha..aku dah agak dah.memang ada yang guna taktik ni.hahaha..terer betul mamat tu..aahaahaha..adeiii..
Sya..
eh ko lagi..
MA..
OI ndeh..kan main semangat ko ek..amboi..
Ayah..
Tak der belas kasihan kan kan ? kejam..
KC..
Habis tu ? zaman sekarang kat mana ek ?.......
MA..
ish..ko ni..mana lah JUSA nak kat ko, gelak cam jin kena belacan.
You write very well.
Post a Comment