Tuesday, 25 September 2007

Posting Pasal Ramadan Lagi

I was di cabar oleh seorang makcik bernama Mak Andeh untuk menayangkan my cookings in this blog. Untuk menyahut cabaran ini maka, hari ini tersiarlah secara langsung di blog yang bersejarah ini, pada hari yang sangat mulia ini. Semuga satu dunia akan di kejutkan oleh pendedahan ekslusif ini , semuga semua sotong sotong dan udang udang dipasar habis laku pada hari ini. Silakan....


Chicky taking charge .
Tolong jaga bahan bahan mentah dari di sambar anasir jahat
Chicku taking over the shift from her sister.
So loyal, never taking her eyes off her care. Is she drooling already ?


Bawang di belasah dengan sedikit
tenaga yang ada pada insan berpuasa ini..owh..

Cili ditumis, meleleh air hidungku,
bersin tak henti di landa bau belacan
Dan akhirnya..berkat kesungguhan dan ketabahan.
Maka terhidanglah
Sambal Tumis Jin,
Sotong Goreng Kunyit ,
Pisang sebijik, kacang panjang potong potong dan
lettuce di carik carik.. Lazat wa cakap luuu..

Out of the 5 rukun Islam, fasting is the one that i once dreaded most. No matter how much I try to read and understand God's intention to impose fasting on His subjects, I failed to convince myself to fast.

Last Ramadan, with much hesitation and doubts, I wanted to give it a go and I did quite well. It was no an easy measy task for a 39 year old kid to learn 'berpuasa' but towards the end of Ramadan, I began to see some light.

We were born amidst a tradition, that after going through many phases of advancement and gained enough sophistication along the years, had blended beyond recognition, with the elements of Islam. For example the bersanding during malay weddings, with scented water and 'bunga rampai', which is a replica of a Hindu tradition, has been Islamised by the Malays. Then we have the 'berarak' with bunga rampai, and the 'kalungan bunga' to the VIPs at official functions, again, another pagan ritual that has evoled well into the 21st century Malaysian culture.

I attended a wedding, where the 'pengantins' were paraded into the lucurious hotel ballroom with the 'Salawat' being read by an imam, then upon reaching the stage or pelamin, was slowly being replaced by a song made famous by Mariah Carey. That shows how screwed we are at understanding religion.

So it cannot be that surprising when we have this new breed of the society who agonised themselves by fasting hard during the day, then simply lost it all at dusk. They stuffed themselves silly at buffet lines, piling into their empty stomachs with whatever they can find on the buffet line, sometimes eating more than they would have eaten outside the Ramadan months.

We see people who are willing to spend up to RM80 per pax at hotels and restaurants to break fast, paying for the food they don't even need. Splashing on such extravagance once or twice as a treat to family members and friends would probably be okay, but there is a trend nowdays to try eat out during breakfast at different hotels each day, a trend that is seeping into the society.

I hope i am not preaching a hollier than thou kind of remark with my ramblings here. I am just trying to figure out the facts. Learning, as I move along.

So, why do we puasa ? Do we really starve ourself silly ? Being denied the freedom to eat and drink ? Cannot korek hidung ? Well partly true i guess. But then, I learned the meaningof puasa in the second week of Ramadan last year. I learned it with the first sip of cold water that I had during iftar. The same sip that would not have meant much during other months , but that first sip was so delicious and pure, so beautiful. And that is what God wants of us. Appreaction towards all the things that we had often ignored and forget. Things that we took for granted . The first sip that is started with a Bismillahirahmanirahim and ended with Alhamdullilah, is all that God wants as a return to the luxuries and life He has accorded us with. Bersyukurlah kita.

And now , i look forward to Ramadans, not for the splendours of the pasar ramadans, not for the extra pahalas that comes with the holy month, but I look forward for that very first sip, every day of Ramadan. Insyaallah.



Wednesday, 19 September 2007

Posting Ikan Goreng dan Telur Masin

Semua orang sibuk tampal gambar juadah dalam blog..
Ini lauk kami berbuka semalam.
Ikan goreng sekor, telur masin sebijik.
Kenyang sampai pagi...hehe

Sana sini kita dengar rami yang pasang hajat nak berpuasa di Mekah. Baguslah tu sebab lebih afdal dan kusyuk kita beribadah di tanah haram. As for me, budak umur 40 yang baru setahun dua belajar berpuasa, yang masih amat jahil dalam bab bab Feqah dan Tauhid ni, saya lagi tabik spring pada mereka yang berpuasa di Bangkok atau Jakarta.

Bayangkan, di Bangkok tak ada JAIS, boleh makan dimana mana sahaja pada bulan Ramadan. Pintu rumah rumah urut dibuka se awal jam 11 pagi. Tempat nak basahkan tekak dengan arak ada di sekeliling kita. Gadis gadis jelita yang murah senyum mereka dan lenggang lengguk yang boleh menggegarkan kupiah dan sarban berada dimana mana. Di dalam bas, di dalam BTS ( LRT lah kalau kat KL ) di balik tiang lampu, dimana mana ada gadis cantik .
Bayangkan pahala yang amat banyak, melimpah ruah kalau kita boleh berpuasa sambil berjalan mata tengok lantai ( masa melintas jalan pun tunduk sopan) di Kota Bangkok, Jakarta ataupun di KL.

Di Mekah, semua orang berpuasa, semua orang bersolat jemaah, bertarawikh dan bertadarus. Kalaulah kita boleh meredah pesta lampu dicelah celah pub dan disco dan pusat pusat tarian bogel di Bangkok untuk mencari Masjid yang amat lah tidak banyak di kota itu, kemudian kita berwudhuk dan berjemaah lalu bertarawikh, saya rasa malaikat pun tabik spring kedua dua tangan dan kepak mereka pada kita.

Oklah tak payah cerita pasal Bangkok, kita cerita kat KL ni. We have bigger balls and lebih berani menempuh dugaan kalau berpuasa di tanah air. Serious, wa tak kelentong this time. Kalau tak percaya pergi lah jalan kat Sungai Wang and BB plaza. Cair pahala puasa kalau mata tak jaga. Kadar inflasi Negara dah tenat agaknya sehinggakan amoi amoi jual talipon tu tak cukup duit nak beli baju. Depa pakai baju yang paling sikit kain, mungkin murah sikit kot. Kalau lapar dan dahaga ? Senang jer, langkah masuk McD ker, KFC ker dan order lah apa sahaja yang anda suka. Tak payah kenyit kenyit mata macam dulu, depa selamba jer jual burger dan ayam goring pada kita.

Malam hari ? ada CSI, ada Ghost Whisperer, ada channel 83, ada Astro Ria. Tapi kalau kita angkat jugak bontot malas kita ni dan labuhkan di tikar using kat surau dan mesjid untuk berjemaah dan bertarawikh, punyalah A keputusan kita.

So, kepada mereka mereka yang jaki pada kawan kawan yang dapat pergi berpuasa di Mekah pada bulan Ramadan, actually tak payah cemburu atau irihati. Mereka tu play safe, pergi tempat yang senang nak puasa dan beribadat.

Renangilah Ramadan di KL atau Bangkok dengan sempurna, jaga mata, hidung (jgn korek selalu), telinga, mulut dan tangan ( jgn dok meraba ) maka saya percaya, berlipat lipat kali ganda pahala dan ganjaran yang mungkin dapat. Wallahu Alam.

P/S 1 .. hehe..wa tak tunjuk habis lam gambar kat atas tu..semalam wa masak sup ayam, kerabu telur masin and ikan selar goreng for berbuka....

P/S 2 .. sekarang wa ada blog nombor 2 http://sms80fourians.blogspot.com/ .

P/S 3 .. dah tak berapa bz dah. Boleh sambung semula kerja kerja yang terbengkalai seminggu dua nih. termasuklah memblog dan menziarah blog dan settlekan websites yang tertangguh.

Thursday, 13 September 2007

Posting Awal Ramadan

Kursus Tahunan Bersama SyaitannurRajim.


Sebelas bulan yang lalu, pada 1 Syawal tahun lepas, kita semua telah mendaftar untuk mengikuti kursus bersama Syaitan. Tepat pada laungan azan pada malam terakhir Ramadan , berebut rebut kita untuk mendaftar kan diri untuk mengikuti kursus ini.

Tempoh kursus : Satu tahun

Apa yang dipelajari – Sinopsis : Semasa tempoh kursus ini, Syaitan syaitan yang bertauliah akan memberi kita tunjuk ajar bagaimana untuk menjahanamkan diri kita di muka bumi. Sebagai contoh kita akan diajar untuk membazirkan makanan, mengutuk sesame sendiri, dengki mendengki, lalai pada solat dan bermacam macam subjek yang penting penting.

Kita akan sentiasa di ikuti oleh seekor syaitan ( faksilitator )yang sentiasa berkhidmat untuk memberi tunjuk ajar yang releven. Dedikasi faksilitator kita amat tinggi dan mereka berkerja tanpa penat dan lelah.

Kursus kursus ini adalah satu kemestian bagi setiap manusia sejagat. Bayaran adalah percuma dan di biayai penuh oleh Persatuan Adzajil yang di asaskan oleh AdzaJil, bapak segala Jin.

Ujian Penilaian Penggal (UPP)

UPP akan diadakan setiap akhir tahun untuk menilai kefahaman dan penelitian perserta dalam segala aspek pelajaran yang telah dipelajari. UPP berjalan selama 30 hari dalam sepanjang bulan Ramadan.

Dalam tempoh ujian UPP ini, semua faksilitator akan diberi cuti dan tidak dibenarkan lagi member tunjuk ajar maupun tips tips dan soalan bocor. Malah mereka di gari dan di rantai sepanjang panjang tempoh ujian.

Ketika ini lah para peserta akan di uji adakah mereka telah paham pada syllabus syaitan dan dapatkah mereka menjalankan urusan urusan syaitan tanpa di bimbing dan di beri tunjuk ajar.
Tempat Ujian khusus:

Pasar Ramadan.

Jika mereka telah lulus tahap 1, ujian tara 3 para 5 mereka akan kelihatan amat ceria di pasar pasar Ramadan dengan beg beg plastic berisi bermacam juadah dan kuih yang akan mereka beli untuk dibuang pada keesokan hari. Mereka ini bakal mendapat kepujian khas dari Cheif Faksilitator Syaitan

Disini juga para peniaga akan diuji tahap kefahaman akan Ilmu Penipuan Hidup yang telah diajar. Lagi ramai yang mereka tipu dengan jualan kuih yang mahal serta tidak sedap, lagi tinggi markah yang diberikan Syaitan.

Pasaraya Mydin.

Ujian khas ini amat penting untuk mendapat distinction dalam kursus bersama Syaitan ini. Disini perserta akan dilihat setakat mana mereka boleh mengikut nafsu mereka untuk menghabiskan duit dan tahap kepandian mereka untuk bermegah sesame sendiri. Mereka akan diberi markah tertinggi dan mendapat ijazah kehormat jika dapat menghabiskan segala credit limit pada Kad kad credit dan menghabiskan semua wang ringgit mereka. Untuk mendapat award khas Cansellor pula, mereka diwajibkan membuat open house pada Syawal untuk menayang segala apa yang telah dibazirkan, kepada kawan kawan dan sanak saudara.

Terdapat banyak lagi ujian ujian khusus yang tidak dapat saya huraikan disini oleh kesuntukan masa dan saya sendiri juga sedang menghadapi ujian yang amat getir. Kini saya keseorangan di rumah dan sedang menjalani satu kertas ujian . Soalan yang dibentangkan ialah:

Hurai dan buat latihan amali akan arahan Syaitan, 32b-7/5, bab hasutan : Makan jer, bukan orang tau, lepas tu buat buat macam puasa – Masa 1 jam 30 minit.

Okay people, i know you have your own Syaitan Test to take as well and i wish you all the luck. Semuga tekun menjalani ujian dan tabah menghadapi dugaan. People, this is one test we all want to fail. Mari kita sama sama gagalkan peperiksaan UPP ini...Selamat Berjaya.

Tuesday, 11 September 2007

Posting kena Tag

Tak perasan pulak haku kena tag ngan zlaa frm the UK... so here goes,

5 benda dalam beg - beg galas bila main golf .

1. Golf Tees... ala, benda plastik panjang yang nak letak bola diatasnya masa nak pukul bola golf tu.ada paham ka ?
2. Mineral water 2 botol kecik. Beli kat Shell, RM 13.20sen for 2 dozen. So its 56 sen a bottle. Kalau bei kat club golf ada yg charge sampai RM4 sebotol. Giler.......
3. Borkum Riff pipe tobacco, cherry flavour.
4. Pipe cap Dr. Plum. Untuk menikmati nokotin semasa main golf..
5. Golf glove.. Macam sarung tangan michael jackson tuh..pakai sebelah jer..cam orang giler.

5 benda dalam dompet

1. Duit. tak banyak pun.
2. Gambar Bini.hehehehehe...
3. Identity Card. Supaya tak kena tahan bila anggota rela buat spot check pendatang tanpa izin.
4. Touch n Go card.
5. Macam macam card lagi lah.. apsal nak tau ??

5 benda favourite dalam bilik

1. My laptoplah...pengarang hati.
2. O2 Atom Life yang baru beli.
3. The fish Aquarium..tempat untuk ditenung tenung untuk tenang mata dan otak.
4. My paintings on the wall.
5. Farah's photos on the wall.

5 perkara yang ingin lakukan

1. Main golf hari hari.
2. Main golf di Surabaya dan Bandung
3. Main golf di serata tempat di Ostelia.
4. Main golf di St. Andrews Links.
5. Main golf di Spain.

5 perkara yang sedang dilakukan

1. Hisap paip
2. Type blog ni
3. Minum milo panas
4. Dengar lagu siam kat PC
5. Tunggu call kawan kawan ajak main golf.

5 people I want to tag

1. Nadia Ezana
2. Pink Finns
3. Adam Short
4. Pak Kassim
5. Mereka mereka yang tak der idea nak memblog

Ok dah..selesai tugas tag mentag ni.. bagus jugak kena tag ni..sebab masa zaman tak der idea nak memblog, ada ler bahan nak isi kekosongan blog.

Friday, 7 September 2007

Posting Paksa Rela

Mamat : Hoi, mana kau hilang ? Blog kau tak berupdate pun. Lama aku tak masuk blog kau. Masuk masuk dok benda sama lagi. Bende ah!!

Jin : Hoi balik. Bukan kau sorang lama tak masuk blog aku. Aku pun lagi lama tak masuk.

Well folks, here I am. Tergaru garu kepala dan bontot mencari ilham untuk kelentong dan loyar buruk for this posting. It's been a month now as a forty year old. Much still remains the same, same amount of hair falling each day, same amount of farts, same ole me. Except, I do feel old. Especially when it comes to climbing staircases or lifting stuffs. Oh and the brains..damn, at this age they just don't work the same no more.

Confirm aku dah tua. Sebab nya ?

I can still remember my first say in school. Standard one in Primary school that is. The teacher was Cikgu Lattif. We were asked gather around him, sitting on the floor, and he stood tall in front of us, babbling stuffs like, kalau nak kencing bagi tau, kantin kat mana and all. I was in front, directly beneath him, inches away from his feet. Tak tau apa pasal, but I thought it was a good idea, if I undo his shoe laces and that was exactly what I did. The details were a little blurry but I can still remember him asking exactly the same question as you might be asking now . " Kenapa kamu tarik tali kasut saya ?"...ahaksss

But when people asked me, what I did had for breakfast this morning, or kalau orang tanya, semalam pukul berapa balik rumah, dahi kena berkerut seribu nak cuba ingat. Hampeh.

Ingat tak pepatah tangan kanan memberi, tangan kiri tak tau ? That happened to me this afternoon. I craved for nasi lemak bungkus and kuih badak, with pulut panggang makcik depan kedai mamak, seksyen 4, so I headed there, and spent RM6 to bungkus balik those stuffs.

Sampai rumah, bila nak bukak grill, nampak plastik sampah yang lupa nak buang masa keluar rumah earlier. So tangan kiri bawak plastik sampah, tangan kanan bawak plastik nasi ngan kuih. Jalan to the tempat sampah, buang then masuk rumah.

Dah tukar baju, rasa nak makan, cari plastik nasik tak der. Pergi dapur tak der, tengok kat tepi pintu, cantik jer, plastik sampah... Ceh..aku pergi buang nasi bungkus, aku bawak balik plastik sampah... Idiot.

See ya next week folks.