Kursus Tahunan Bersama SyaitannurRajim.
Sebelas bulan yang lalu, pada 1 Syawal tahun lepas, kita semua telah mendaftar untuk mengikuti kursus bersama Syaitan. Tepat pada laungan azan pada malam terakhir Ramadan , berebut rebut kita untuk mendaftar kan diri untuk mengikuti kursus ini.
Tempoh kursus : Satu tahun
Apa yang dipelajari – Sinopsis : Semasa tempoh kursus ini, Syaitan syaitan yang bertauliah akan memberi kita tunjuk ajar bagaimana untuk menjahanamkan diri kita di muka bumi. Sebagai contoh kita akan diajar untuk membazirkan makanan, mengutuk sesame sendiri, dengki mendengki, lalai pada solat dan bermacam macam subjek yang penting penting.
Kita akan sentiasa di ikuti oleh seekor syaitan ( faksilitator )yang sentiasa berkhidmat untuk memberi tunjuk ajar yang releven. Dedikasi faksilitator kita amat tinggi dan mereka berkerja tanpa penat dan lelah.
Kursus kursus ini adalah satu kemestian bagi setiap manusia sejagat. Bayaran adalah percuma dan di biayai penuh oleh Persatuan Adzajil yang di asaskan oleh AdzaJil, bapak segala Jin.
Ujian Penilaian Penggal (UPP)
UPP akan diadakan setiap akhir tahun untuk menilai kefahaman dan penelitian perserta dalam segala aspek pelajaran yang telah dipelajari. UPP berjalan selama 30 hari dalam sepanjang bulan Ramadan.
Dalam tempoh ujian UPP ini, semua faksilitator akan diberi cuti dan tidak dibenarkan lagi member tunjuk ajar maupun tips tips dan soalan bocor. Malah mereka di gari dan di rantai sepanjang panjang tempoh ujian.
Ketika ini lah para peserta akan di uji adakah mereka telah paham pada syllabus syaitan dan dapatkah mereka menjalankan urusan urusan syaitan tanpa di bimbing dan di beri tunjuk ajar.
Tempat Ujian khusus:
Pasar Ramadan.
Jika mereka telah lulus tahap 1, ujian tara 3 para 5 mereka akan kelihatan amat ceria di pasar pasar Ramadan dengan beg beg plastic berisi bermacam juadah dan kuih yang akan mereka beli untuk dibuang pada keesokan hari. Mereka ini bakal mendapat kepujian khas dari Cheif Faksilitator Syaitan
Disini juga para peniaga akan diuji tahap kefahaman akan Ilmu Penipuan Hidup yang telah diajar. Lagi ramai yang mereka tipu dengan jualan kuih yang mahal serta tidak sedap, lagi tinggi markah yang diberikan Syaitan.
Pasaraya Mydin.
Ujian khas ini amat penting untuk mendapat distinction dalam kursus bersama Syaitan ini. Disini perserta akan dilihat setakat mana mereka boleh mengikut nafsu mereka untuk menghabiskan duit dan tahap kepandian mereka untuk bermegah sesame sendiri. Mereka akan diberi markah tertinggi dan mendapat ijazah kehormat jika dapat menghabiskan segala credit limit pada Kad kad credit dan menghabiskan semua wang ringgit mereka. Untuk mendapat award khas Cansellor pula, mereka diwajibkan membuat open house pada Syawal untuk menayang segala apa yang telah dibazirkan, kepada kawan kawan dan sanak saudara.
Terdapat banyak lagi ujian ujian khusus yang tidak dapat saya huraikan disini oleh kesuntukan masa dan saya sendiri juga sedang menghadapi ujian yang amat getir. Kini saya keseorangan di rumah dan sedang menjalani satu kertas ujian . Soalan yang dibentangkan ialah:
Hurai dan buat latihan amali akan arahan Syaitan, 32b-7/5, bab hasutan : Makan jer, bukan orang tau, lepas tu buat buat macam puasa – Masa 1 jam 30 minit.
Okay people, i know you have your own Syaitan Test to take as well and i wish you all the luck. Semuga tekun menjalani ujian dan tabah menghadapi dugaan. People, this is one test we all want to fail. Mari kita sama sama gagalkan peperiksaan UPP ini...Selamat Berjaya.

20 Comments:
kui kui kui, pasaraya mydin pun masuk? giant masuk tak? salam ramadhan
entahnya...kenapa mydin ajer? carrefour, tesco org kita suka gi jugak...
cakap nak fail tapi naper ucap Selamat Berjaya hik hik...
Salam ...
Senae crito , jangae g Pasar Ramadhon.
Suruh saja kak farah buat kuih ..
Bilo nok kelik klate..??
Ujian lauk pauk beli lulus blako doh, banyok tahun doh massok sedighi..kuih pong tok brapo beli sebab oghe jjual tu tok luluh lagi perikso UPP sebab jual kueh tok sedak pah mahal pulok seghupo jing!
Cumo kalu bab shopping menyopping ni la hok tok brapo nok lepah perikso lagi nih, tapi tahun ni pong luluh kalih pasalnye segalo bendo nok beli wak rrayo settle blako doh sebelum poso..
Ya Allah, Edi, ur observations really hit the bull's eye! Rasanya dia mention Mydin cos it's the epitome of Malay's 'dream-come-true' shopping centre! mcm kata my mom, "rindu tak jumpa pakcik Mydin" kalau lama tak pergi sana...
Mydin? what 10 human spent over there is equal to one rich lady spent at 1 item from boutique shop. Soo,which one yg lebih handal chief d syaitan nya? Happy puasa adeijin :)
Ujian pasar ramadhan : Dah lama fail sebab dah berkurun tak shopping kat situ during Ramadhan
Ujian Mydin: Tak relevan sebab tak penah shopping kat sana.. melainkan Sogo, Globe, Semua House, Pertama, tapi boleh kira fail jugak sebab baju lama boleh pakai. Tahun ni, terpaksa lulus UPP sebab baju lama confirm takleh pakai dah..
Ujian open house : Dulu-dulu tak relevan sebab takde rumah - dok rumah bujang nak open house kebenda.. tapi tahun ni.. hmm.... kena meeting ngan King of the House dulu ;)
Ujian jual kuih raya/serunding : Tiap tahun fail sebab kalau jual kuih/serunding tak penah ler nak kurangkan bahan ke mengelat tukar bahan murah ke.. tak sedap wo nanti. Customer marah! ;)
P/S: Selamat berpuasa, esok nak masak laksa la.. ;)
Baca ikut style Ahmad Nifsu :
" Apa yang kau merepek ni syaitannnnn..!"
:-)
Petang ni masak apa Bro?
bro we will succeed mesti hapuskan tu setan2 semua ok?
alhamdulillah pada bulan yg baik ni bagus kita berbuat baik dan yg berfaedah...
selamat berpuasa bro to u and family:)
hahah. witty one pakcik. what about ujian from skrin television and monitor? ujian nikotin pun boleh juga dijadikan ujian tambahan.
eh, you ni terrer la tau semua kod rahsia kertas soalan si syaitan tuh! no doubt, very creative!! Selamat Memerangi Syaitan dan yang penting, keimanan diri kita sendiri...
Eddie, Excellent piece of observation. Sharp!Memang ramai yang terasa.Hopefully they are able to see your write up on a bigger picture "yg tersurat dan yg tersirat". Bila cakap Mydin tu maknanya semua ler yg kena mengena dgn beli-belah, beli kat Ikea ke, kat Poh Kong ke, Habib ke, bottom line nak menunjuk2. Excellent! Always enjoy reading your blog.
Jom terawih kita malam nie ...salam Ketua 1
Selamat berpuasa....semoga berjaya beb!
maksu..
salam ramadan kembali..Giant tak pun sama jugak..seangkatan.
alex lacy..
selamat berjaya untuk gagalkan usaha syaitan..itu maksud saya.
pB..
tahung nih tok kelik kelatam..
ondeonde..
tahniaaahh kerana gaal ujian getir..semuga tahun depan 100% gagal.
Anonymous..
heheh..tq tq..Memang betul, entah apa pelaris Pakcik Mydin tu letak kat kedai dia..hehe
Goboklama..
Yeah betul...but then, the rich ladies dont read this blog..so tak payah citer pasal depa. Actually I have tonnes to write about them..nanti nanti lah.
audra..
tahniah..selamat berpuasa kembali.
mak andeh..
masak sambal tumis sotong
kak elle..
yeahhh..we will succeed, insyaallah.
ainee..
betul betull..semua tu ujian sampingan..seperti juga ujian tidor depan buku sekolah..hehe
d..
i every year dapat soalan bocor..
Ketua satu..
Hehehe..bab terawikh tu saya ada fail sikit. ahaks.. Tq for the compliments.
mydin? jarang ke situ sbb tak larat nak bersesak2... mydin mall plak baru 1st time jejak kaki a few weeks ago... pasar ramadhan... p when malas nak masak... tapi tu pun beli mana yg mampu mamam je... learnt from the past, membazir weh...
salam ramadhan....eah..bagus betul abd djin kita nih... InsyaAllah semoga kita semua gagal 100% dlm ujian Syaitan itu...
bagi diri saya...ujian pasar malam? dah lama gagal 100% sbb dah lama tak menjejakkan kaki ke sana... sbb kami melancarkan kempen "pasar malam sifar" hehehe.. sbb lagi sodap masak sendiri walaupun makan nasi dgn telur goreng aje...nasi panas2 + sambal belacan + ikan masin... pun jalan jugak... (lebih bagus daripada beli kat pasar malam)
ujian shopping Mydin? tak pernah jejak kaki kat sana pun... saya ni tak suka tempat ramai orang...poning kopalo... Baju raya anak2, selalu beli awal2 sebelum masuk bulan ramadhan lagi... sbb dah tanam niat bulan ramadhan nak buat ibadah sebanyak2 nya...
ujian kuih raya? pun saya gagal 100% sbb tak pernah luangkan masa during ramadhan duduk berjam2 buat kuih raya... hehehe... main kuih tunjuk aje... itu pun bukannnya beli kat pasaraya ke atau kat mana2, order dgn kawan sepejabat jek... jimat masa...
Mak eh... Mendelah adiejin bebel pasal syllabus ni?
Ha ha .. Pasaraya Mydin tu memang tak leh nak tinggal ek?
Post a Comment