Monday, 6 August 2007

Posting Merdeka - Bhg 1

HAPPY MONDAY
Merdeka Celebrations is coming soon. Pak Pak menteri yang berwajib telah pukul canang menjanjikan satu celebrasi ( ayat wa reka sendiri, ampun Dewan Bahasa ) yang terlalu amat gempak dan meriah.

50 years, where are we now ? I don’t think I am qualified to narrate on behalf of the whole nation, giving my limited knowledge on semangat kebangsaan, and issue issue yang sewaktu dengan nya, but I guess being in my late 30s ( got a few more days left before tukar kepada early 40s’..ceh, tua gayut dah aku ), I have seen much.

Maka dipersembahkan
Adiejin’s 50th Merdeka Award 2007

Categori Cemerlang – Makcik Jahs

Mereka ini ialah golongan wanita yang bekerja dijabatan jabatan kerajaan dan berumur dalam lingkungan 30 – 50 tahun.

Pakaian – Baju kurung warna agak muram seperti cekelat atau hijau tua ( sebab pi ofis kan ) tetapi disulami motif motif bunga berwarna agak terang seperti merah dan kuning. Tudung pula agak labuh menutupi dada dan ber koset Zhulian bertahta berlian palsu berkelip kelap.

Kereta – Majoriti mereka yang mempunyai kereta memilih kereta kebangsaan kerana mendapat insentif loan secara murah dari kerajaan. Kereta mereka akan dihiasi dengan bantal bantal berwarna warni dan bersulam, tempat duduk di alas dengan kain sulam. Akan digantung juga pass pengenalan kementrian di cermin pandang belakang.

Mobile Phone
– Rata rata mereka memilih Nokia atas sebab yang tak saya dapat kaji. Wallpaper ialah gambar anak atau suami mereka.

Dimana untuk melihat mereka. – Pada waktu tengahari, hari jumaat di pusat pusat membeli belah seperti Sogo, Alamanda, Jalan Masjid India, Sungai Wang Plaza ( cari phone baru ) dan yang paling digemari, Mydin superstore. Mereka akan pool car, dan pergi beramai ramai dan berjalan dalam kelumpok 3 hingga 6 orang. Selalunya kumpulan mereka ini akan diketuai oleh yang paling senior. Makcik Jah senior inilah akan yang menetapkan tempat makan mereka dan juga dimana mereka akan hinggap setiap hari Jumaat.

Apa yang mereka beli – Stokin suami, seluar tidur anak, insense burner untuk meja kat ofis, bunga plastic, buah mangga taruk garam, bra, panties, makanan ringan seperti asam dan gula gula, dan bermacam macam lagi.

Kegemaran semasa boss pergi kursus atau mesyuarat - Of courselah , berblog dan melawat blog kawan kawan. Ber chat dengan menggunakan e-buddy atau mobog sebab Yahoo Mesengger selalunya di block oleh malaun malaun di IT department. Kalau nampak mereka tekun di hadapan PC walaupun boss mereka tidak ada,dan dahi berkerut kerut, maka sahlah, mereka sedang tahan ketawa sebab member chatting baru buat citer kelakar.

Lain lain fakta – Mereka selalunya cenderung kepada MLM. Mereka akan bertukar tukar catalog didalam pejabat. Makcik Senah akan beli sabun basuh dari Makcik Jenab. Makcik Tipah akan order ubat kuat untuk suami beliau dari Makcik Yan. Makcik Limah pula beli lipstick pink dari Makcik Jah senior. Ini amatlah baik umtuk menjana ekonomi Malaysia.

Syabas kepada Makcik Makcik Jah ini kerana tanpa mereka pincanglah jabatan jabatan kerajaan Malaysia. Tanpa khidmat mereka yang tak kenal lelah ini, susah lah kita nak buat IC, nak mintak lesen, nak renew passport dan lain lain. Mereka ini amat kami sanjung dan semuga panjang umur.
( Bodek baik punya ni…)

Categori Hampas dan Hamsap – Tuan Lemans

Mereka ini ialah lelaki berumur 45– 55 tahun dan ''bekerja sendiri''. Jenis perniagaan ialah bermacam macam dari tanah 2 3 ekar hinggalah projek mojek mega beratus juta ringgit.

Pakian – Kemas, kemeja Dúrban dan berseluar slack tempah dari tukang tukang jahit di Wisma PKNS. Mereka gemar memakai cincin suasa berbatu besar ( lagi besar lagi tinggi status mereka ). Mereka tidak akan keluar rumah tanpa sebatang pen di kocek baju. Selalunya pen Mont Blanc yang dibeli dari mat Fit yang menjaja di kaki lima kedai mamak.

Kereta – Mereka akan memandu paling lekeh pun Perdana V6. Mereka juga gemar menayang Mercedes 230E tahun 1990an ataupun BMW 5 series 2nd generation. Ayat kegemaran mereka “malas nak hutang dah. Buat apa tukar tukar kereta.”. Mereka akan parking di tempat tersorok kerana takut kereta mereka ditarik oleh mamat mamat tarik kereta. Cermin depan kereta selalunya di tempek dengan bermacam macam sticker seperti Golf Club, Polis diRaja, Mindef, JKR dan JPJ. Selalunya semua sticker sticker itu telah tamat tempoh.

Mobile Phone – Nokia communicator, Samsung EH 660, HP iPaq dan yang sejenis. Mereka selalunya ada simpan nombor semua jabatan jabatan kerajaan dan pejabat pajabat menteri serta KSU kementrian. Mereka kenal semua PA kepada menteri dan ketua ketua pengarah ( PA tak kenal mereka pun. Kenal nama jer sebab Pakcik2 Leman ni tiap taip hari talipon minta buat appointment ). Bila bercakap, suara mereka amat lantang supaya semua orang boleh dengar. “ ya datuk, ya Tansri, baik Tansri, Boleh Datuk Seri”.

Dimana untuk melihat mereka – Di lobi lobi dan coffee house hotel seperti Concorde, Nikko, Quality Inn dan Pan Pacific. Semua waitress2 kenal pada mereka ini, baik pernah diraba atau dia ajak berkaraoke oleh mereka. Mereka akan duduk dari pukul 11 pagi hinggalah lewat malam bercerita pasal projek mega mega. Mereka bercerita pasal pak pak menteri. Bercerita pasal Umno dan Pas, mengutuk Khairy dan Pak Lah, mencaci Tun guru Nik Aziz dan memperlekehkan Pak Najib. Dalam masa yang sama mereka juga hari hari mengharap kalau kalau dapat dulang emas dari Kerajaan yang mengsajikan mereka dengan projek juta ringgit. Kenalan mereka semua Tengku tengku dan Datuk Datuk kaya. Mereka akan break diwaktu lunch dan makan nasi campur di Chowkit, sebelum balik ker coffeehouse hotel untuk minum air kosong ( kononnya jaga badan ).

Lain lain fakta – Mereka selalunya berbini 2. Bini tua Cikgu , bini muda bukak salon (modal diambil pinjaman dari MARA). Mereka selalu balik lewat-pagi-subuh kerumah, sebab meeting Datuk-projekjuta-tender-kelentong . mereka ini lebih dikenali sebagai Broker Maut.

Cukup cukuplah golongan mereka yang nak kaya cepat-tapi tak kaya kaya ini. Kerja mereka menjaja Profile company orang lain. Kerja mereka ‘lipat’ dan ‘pow’ pemilik pemilik business yang genuine. Mereka memalukan rakyat merdeka, mereka makan kamisen dari Ah Seng dan pass kamisen haram kepada hantu hantu. Kita generasi baru, kita generasi bersih.

...bersambung..

24 Comments:

nyonyapenang said...

hmmm....it's now Sunday Aug 5 2007....but your posting dated lain pulak...

anyway....so thoughtful of you to come up with the Awards.
hehehhee...

Jie said...

Adeeehhh Djin, sakit otot pipi aku dok sengih-sengih baca post ni :-D

Oit, aku masuk kategori Makcik Jah dari segi umur ngan keje gomen, tapi lelain ciri tu langsung takdak tau hehehe

K@ssim Sel@m@t said...

'mereka akan break di waktu lunch dan makan nasi di chowkit, sebelum balik ke coffehouse hotel utk minum air kosong'

ini ayat kasik wa senyum, lu ada bikin ini macam ke Jin? macam tau2 aje....hihihi

Kak Lady said...

Djin...akak sokonglah bab mak Jah tu...tapi hp akak gambar Jessica Alba ...hahahah...tak letak gambar anak pun....tapi kene cakaplah kat mak Jah tu semua muka kasi manis sikit bila dok kat kaunter tu...ni masam aje...semasam buah mangga jeruk yang diorang beli tu...

Tapi bab Tuan Lemans tu...memang djin nak kene kejar ngan parang nanti tu...hahahaha....

Happy monday buat buat Makcik Jahs & Tuan Lemans semua...

IBU said...

Adiejin

HAHAHA ... You sure do have such a fresh perspective to Malaysian life. I should start sketching cartoons of stories from your posting la bro! But long time no draw la, pensel dah tumpul.

Eagerly waiting for your next update on other merdeka celebrities. Jgn lambat sgt no, next week 'Makcik' start masuk ofis balik.... hehehh!

Cheers!
Ibu

dlt said...

Sib baik takde Mak Jah(s) kat opis ni, sebab bukan keje kerajaan n waktu lunch hari Jumaat cuma sejam jer. Mak Jah(s) lain lar... break Jumaat 12.30 - 2.45. Leh arr nak gi sopping. Dengki tul. Tak berjayalah cita2 nak jadi Mak Jah bila cukup umur nanti.

k.safiah said...

Hahaha..cant help myself laughing bila baca today's posting. Ni mesti dah byk buat research b4 posting it.Cerita pasal Tuan Lemans tu mmg selalu dgr dari hubby..sometimes when i called him at the office..dia selalu kata tgh sibuk sbb ramai 'patients'yg tgh tunggu kat luar nak jumpa.Pernah sekali i went to the office on some official matters..tgk ada one beautiful sexy lady..and i mean beautifullll waiting to meet him...perfume dia mak aiii...keluar dari elevator pun dah berbau..dlm hati berdoa..."Ya Allah tetapkanlah iman suamiku" hehe

kakLuna said...

kalau badan mak cih jah tapi brain makcik Jah 4.0 ditambah pulak rajin ke kelas mengaji setiap Jumaat, bagus le..ada gak keseimbangan sejagat nya.

loveujordan said...

nak ketawa pun ada, nak angguk "ya" pun ada.... pandai betul you amati perlakuan manusia ....

nak tanya..bahagia ke golongan Tuan Lemans ni ??? Makcik Jahs nampak macam bahagia je..kerja pun selalu relax je... counters pun kalau tak kena hari (BIG BOSS takde agaknya ), ada papan tanda "TUTUP" je...

Maaf ye makcik Jahs ... anyway, tanpa you all , tak berdaftarlah kewarganegaraan kami sekeluarga.. thank you, thank you !!

sorry , panjang pulak komen pagi Isnin ni :)

Mak Su said...

huiyoo... very de detail, takut lah nak baca (takut-takut termasuk dalam mana-mana kategori plaks), hik

ondeonde said...

*am waiting for the sambungan*

sya said...

Aduhai... ketawa mengekek2 baca.. pastu citer kat budak opis yg nak masuk gomen sektor.. ha ha ha

lilyliverbird said...

hahahahhahaha

lagi satu, kereta makcik jah sure ada kotak tissue dalam sarung ropol ropol benang emas..and gantung bunga ke apa kat cermin pandang belakang.

Kak Elle said...

bro tak baik u kata pasal mak jah...tanpa mak jah kerja2 semua tak org lain yg nak membuat nya tau:)

Tuan lemans....hahaha betul tu suka lepak kat lobby2....

tapi kat sg a total diff scenario...

UglyButAdorable said...

ehh....wa rasa cam terkena plak..nasib wa thirtysumthin kat private sector dan masih single...mengongs la lu bro

pastuh..ingat ta aper tagline nokia?? teknologi insan...jenis dlm gelap pun leh sms lagie...senang maaa...

ADIEJIN said...

nyonyapenangmakanlaksa..
nyonya, it's called forward posting..a technique used when you want to post something on a specific time and date a day or two earlier. Nyonya sudah makan ?

jie..
sapu deep heat kat pipi. Melegakan otot. Tak ngaku awak cik jah ? bukan ker dalam kereta awak ada kotak tissue berbunga ropol ropol. Lilyliverburd yang nampak.

Pak Kassim..
mana ada...wa makan nasik kat belakang Grand Season, depan hotel Ah Kong.

Kak Lady..
Makcik Jah2 tu okaylah sekarang. Mana ada masam masam muka dah. DIa orang dah customer oriented. Dia orang akan masam kalau ada mangku mangkuk yang buat kurang ajar.

Ibu..
waaaa...ibu boleh lukis kartun ? Buat lah siri MakCik Jah..Mesti laku punya..Sekarang cuti ker ?

dlt..
kenapa tak tercapai cita cita ? tu lah awak tak der tokoh nak jadi makjah..bukan calang calang orang tau yang boleh carry daulat Makcik Jah.

k. safiah..
tak per tak per, saya percaya itu suami iman manyak kuat woh. akan tetapi ah, saya mencadangkan agar dipasang CCTV direct ker meja suami puan. Ini ah, supaya puan dapat ah, melihatkan setiap ah, setiap gerak geri suami puan. eosk kasi beli ah, itu CCTV.

ADIEJIN said...

kakluna..
bab yang itulah yang membezakan Makcik Jah terbilang dengan makcik Jah Capalang... Makcik Jah terbilang memang prihatin bab bab agama dan mereka amat brilliant.

loveujordan..
Tuan lemans nampak macam bahagia. Tapi luaran jer..Kat dalam kepala otak merka memang kelam kabut. Tapi makcik Jah memang bahagia..Itulah, panjang pulak komen u. ish. tak per, nanti komen lagi ek.

maksu..
saya akan pastikan ada categori untuk maksu nanti..tunggu..

onde..
sambungan is the coming oredy. tengah tunggu kelulusan Finas.

sya..
amboi, ketawa ek..tunggu categori berkenaan awak nanti..tunguu..

Lily...
HAHAHAhahhaha..yah yah , saya lupa itu kotak tissue punya hal..wa lupa wa lupa..tapikan lagi cantik dari kotak tissue awak yg tak der cover tuh. DAh ler awak punya tissue cap Tesco jer.

Kak Elle..
apa lak tak baik. Saya puji Makcik Jahs ni apa. Saya suka mereka. Saya recognise depa punya contribution untuk pembangunan infrastructure kesinambungan nasional ( hehe nasinalistik pulak haku pagi nih )

UglyBA..
keh keh keh...awak pun ada bantal warna warni dalam keter ker ? Apsal nak sms dalam gelap ? sms pada saper ? sms tentang apa ?

stillconfuse said...

aku dari sekolah rendah lagi dah boleh kenal geng mak jah ni dari penampilan mereka.

zabs said...

Salam Adiejin,

Sungguh tepat description anda tentang kedua-dua kategori tersebut. Pernah terkena dengan Tuan Lemans ini semasa mula-mula nak bertapak dahulu. Apa yang dia dah kebas, buat kiraan di "padang" je nanti.

Sastri said...

keskeskes... memang tak suka nak layan brokers nih... dapat projek nanti p juai kat kampeni lain... macamana laa kampeni sendiri nak maju? nak senang cepat tapi malas nak kerja lebih...

kasutVincci said...

uihh...siap ada sambungan lagi tu. Heheh

D said...

HaHa..I'm also writing up an entry on Merdeka medleys but this one is a real sarcasm! Boleh...Malaysia Boleh! I pun berdebar jugak dengan episod akan datang. Takut masuk golongan stereotype!

maklijah said...

I do not seem to fall into any of those, walaupun so real..he.. he.. he.. kunun.. Tapi kalau gitu kekdahnyer untuk Tuan Lemans, alamat hampeh kelapa betul..

Ni kajian wat kat sempang mana nih?

mobilemom said...

Weh bro,

I think ah..you've been hanging out too long with the gomen people. Selalu sangat tu dok sabit rumput dengan depa kat padang golop weh!!

*muahahahahahha*